Sabtu, 31 Oktober 2015

Harga minyak tidak diumum awal elak pengusaha kawal jualan, kata menteri

THE MALAYSIAN INSIDER



Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pengumuman harga baharu bahan api hanya dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada tengah malam setiap hujung bulan bagi kebaikan pengguna dan pengusaha. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015. 
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pengumuman harga baharu bahan api hanya dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada tengah malam setiap hujung bulan bagi kebaikan pengguna dan pengusaha. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Kerajaan tidak akan mengumumkan perubahan harga minyak lebih awal kepada orang ramai bagi mengelak pengusaha minyak mengawal penjualan bahan api itu kepada pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata pengumuman berkaitan harga baharu petrol dan diesel setiap bulan hanya akan dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada tengah malam pada setiap hujung bulan.

Katanya, kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Disember tahun lepas.

"Alhamdulillah selama beberapa bulan dapat diterima baik oleh banyak pihak. Saya mahu rakyat memahami kerana bukan mudah untuk selaraskan harga minyak. Ini adalah sesuatu yang kita buat untuk selaraskan dari segi peniaga dan pengguna. 
 
 "Sebagai contoh, jika semalam harga minyak dalam tangki RM2.05, esok harga minyak turun....ini tidak adil kerana mereka sudah bayar mengikut kadar sebelum kita umumkan, begitu juga kalau harga minyak naik, tidak adil kepada pengguna kerana pengusaha minyak sudah tahu sejak awal tetapi mereka tak nak jual minyak," katanya.

Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Larut di Padang Majlis Daerah Selama hari ini.

Beliau berkata pengumuman perubahan harga minyak sentiasa mengambil kira kepentingan pengusaha dan pengguna.

Harga petrol RON 95, RON 97 dan diesel bagi Oktober 2015 masing-masing naik 10 sen berbanding September, menjadikan harga semasa RON 95 di pam adalah RM2.05 seliter, RON 97 (RM2.45) dan diesel (RM1.90).

Terdahulu, Fiesta Larut yang berlangsung 4 hari mulai Khamis lepas, menjadi platform Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyalurkan maklumat dan peranannya kepada masyarakat sekeliling, dan antara agensi yang terlibat ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad, Bank Rakyat serta Maktab Koperasi Malaysia. – Bernama
 
 


Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pengumuman harga baharu bahan api hanya dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada tengah malam setiap hujung bulan bagi kebaikan pengguna dan pengusaha. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin berkata, pengumuman harga baharu bahan api hanya dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia pada tengah malam setiap hujung bulan bagi kebaikan pengguna dan pengusaha. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Oktober, 2015.Kerajaan tidak akan mengumumkan perubahan harga minyak lebih awal kepada orang ramai bagi mengelak pengusaha minyak mengawal penjualan bahan api itu kepada pengguna, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hamzah Zainuddin.
Beliau berkata pengumuman berkaitan harga baharu petrol dan diesel setiap bulan hanya akan dikeluarkan kepada Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada tengah malam pada setiap hujung bulan.
Katanya, kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Disember tahun lepas.

"Alhamdulillah selama beberapa bulan dapat diterima baik oleh banyak pihak. Saya mahu rakyat memahami kerana bukan mudah untuk selaraskan harga minyak. Ini adalah sesuatu yang kita buat untuk selaraskan dari segi peniaga dan pengguna. "Sebagai contoh, jika semalam harga minyak dalam tangki RM2.05, esok harga minyak turun....ini tidak adil kerana mereka sudah bayar mengikut kadar sebelum kita umumkan, begitu juga kalau harga minyak naik, tidak adil kepada pengguna kerana pengusaha minyak sudah tahu sejak awal tetapi mereka tak nak jual minyak," katanya.
Hamzah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Larut di Padang Majlis Daerah Selama hari ini.
Beliau berkata pengumuman perubahan harga minyak sentiasa mengambil kira kepentingan pengusaha dan pengguna.
Harga petrol RON 95, RON 97 dan diesel bagi Oktober 2015 masing-masing naik 10 sen berbanding September, menjadikan harga semasa RON 95 di pam adalah RM2.05 seliter, RON 97 (RM2.45) dan diesel (RM1.90).
Terdahulu, Fiesta Larut yang berlangsung 4 hari mulai Khamis lepas, menjadi platform Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyalurkan maklumat dan peranannya kepada masyarakat sekeliling, dan antara agensi yang terlibat ialah Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Perbadanan Harta Intelek Malaysia, Perbadanan Nasional Berhad, Bank Rakyat serta Maktab Koperasi Malaysia. – Bernama, 31 Oktober, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/harga-minyak-tidak-diumum-awal-elak-pengusaha-kawal-jualan-kata-menteri#sthash.GBRxgyrq.dpuf

Tiada ulasan: