Selasa, 27 Oktober 2015

Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam : Kenaikan Gaji Tahunan Naik Dapat 2 Kali dan Gaji Minimum RM1,200

BERITA SEMASA


Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam : Kenaikan Gaji Tahunan Naik Dapat 2 Kali dan Gaji Minimum RM1,200

bajet 2016 penjawat awam


KLIK SINI : Kenaikan Elaun Perumahan 2015 Naik Daripada RM180 Kepada RM300 Untuk Gred 41 Ke Bawah!

Sekelompok golongan kelas menengah yang masih teraba-raba bahagian mereka dalam intipati Bajet 2016 Malaysia kali ini apatah lagi melihatkan anak-anak mereka sukar dapat pinjaman penuh PTPTN, tidak dapat BR1M, dibebankan pula dengan kenaikan tol, mahu dapatkan rumah PR1MA sukar sekali, rumah mesra hanya tinggal angan-angan sahaja, cukai pendapatan masih lagi tinggi buat mereka tetapi mereka tetap patuh dan setia bayar kepada kerajaan Malaysia, poket mereka bocor setiap hari dengan bayaran cukai GST 6 peratus, bantuan khas jauh sekali.
Walaubagaimanapun golongan penjawat awam di Malaysia ada sedikit sebanyak berita gembira untuk anda. Berbanding pembentangan bajet Malaysia sebelum ini, Bajet 2016 kali lebih banyak bantuan terus kepada 1.6 juta kakitangan awam di Malaysia.

Bajet 2016 untuk penjawat awam kali ini dilihat sedikit sebanyak dapat memberikan kekuatan untuk mereka menempuh gelombang kos sara hidup di Malaysia pada ketika ini.

 

Bajet 2016 Untuk Penjawat Awam : Gaji Minimum Naik, Kenaikan Gaji Tahunan KGT 2 Kali etc

1) Maknanya selepas ini, bermula bulan Julai 2016 akan datang, gaji minimum penjawat awam akan bermula serendah RM1,200 sebulan. Ini bermakna penjawat awam paling bawah seperti gred 11 termasuk “ofis boy” dan atendan akan menikmati gaji minimum naik kepada RM1,200 sebulan yang mana 60,000 kakitangan kerajaan turut akan menikmati tempiasnya.

2) Jikalau sebelum kenaikan gaji tahunan KGT terbahagi kepada 4 :
  • Kenaikan Gaji Tahunan KGT Januari : bagi lantikan 1 Januari hingga 31 Mac
  • Kenaikan Gaji tahunan KGT April : bagi lantikan 1 April hingga 30 Jun
  • Kenaikan Gaji tahunan KGT Julai : bagi lantikan 1 Julai hingga 30 September
  • Kenaikan Gaji tahunan KGT Oktober : bagi lantikan 1 Oktober hingga 30 Disember
Ini bermakna anda akan menerima 2 kali kenaikan gaji tahunan pada tahun 2016 disebalik pengumuman satu pemindahan gaji bersamaan dengan 1 KGT pada Bajet 2016 untuk kakitangan awam kali ini. Tahniah:
  • KGT Januari akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
  • KGT April akan dapat juga sekali lagi pada Julai 2016
  • KGT Julai akan dapat 2 kali sekaligus pada Julai 2016
  • KGT Oktober 2016 akan dapat sebelum itu pada Julai 2016
Masih tidak jelas lagi? Ok baik. Jikalau anda gred DH41 contohnya.
  • Anda akan menerima kenaikan gaji tahunan RM225 pada Januari contohnya.
  • Sekali lagi anda akan menerima RM225 pada Julai 2016 kelak
3) Jikalau anda pekerja kontrak di sektor awam dan telah pun berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun lamanya, akhir penantian anda berakhir selepas ini di mana akan diserapkan terus ke jawatan tetap selepas ini. Tahniah!

Lagi butirannya boleh anda semak pada gambar-gambar di bawah ini….



Tiada ulasan: