Selasa, 22 September 2015

TMJ: “Saya diberitahu saya berbahaya...”

TMJ: “Saya diberitahu saya berbahaya...”
TMJ


SHAH ALAM - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memuat naik status di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers yang menjurus kepada ‘kebolehannya’ mempengaruhi rakyat.

Dalam status terbaharunya, Tunku Ismail berkata, ada sesetengah pihak memberitahunya bahawa beliau seorang yang ‘berbahaya’.

“Saya diberitahu saya berbahaya... Saya bertanya kenapa?

"Mereka berkata, "kerana saya boleh membawa rakyat bersama-sama dan saya tidak perlu ada orang lain,” tulisnya.

Bercerita lanjut, Tunku Ismail berkata, pertanyaan itu hanya membuatkan dirinya tersenyum.

“Itu membuatkan saya tersenyum.

“Saya tidak ada apa-apa untuk dibuktikan, hanya segala-galanya untuk diperbaiki,” tulisnya lagi.


Tiada ulasan: