PETALING JAYA: Petaling Street mungkin lengang pada sabtu ekoran
ancaman yang diterima daripada penganjur penunjuk perasaan baju merah.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kuala Lumpur, Datuk Ang
Say Tee berkata kira-kira 400 daripada 773 peniaga takut akan berlaku
huru-hara seperti mana yang berlaku pada himpunan baju merah, 16
September lalu.
"Ahli-ahli telah menghubungi saya dan bertanya jika mereka perlu tutup
kedai pada hari Sabtu. Mereka bimbang perniagaan akan terganggu.
"Saya nasihatkan mereka supaya membuat laporan polis. Kami takut sebab kami menjalankan perniagaan," kata Say Tee.
Beliau berkata, jika benar terdapat barangan palsu atau tiruan dijual
di situ, bukan penunjuk perasaan baju merah yang patut mengambil
tindakan terhadap para peniaga sebaliknya ia menjadi tanggungjawab pihak
berkuasa.
"Jika kami buat salah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), polis atau
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu
mengambil tindakan terhadap kami, bukan mereka," kata Say Tee.
Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos mengancam 'satu lagi
kekecohan' di Petaling Street pada Sabtu jika tuntutan penunjuk perasaan
baju merah tidak dipenuhi.
Antara tuntutan kumpulan itu supaya kementerian bertindak terhadap
penjualan barang-barang di Petaling Street yang dikatakan tiruan dan
para peniaga perlu berkongsi sebahagian daripada pendapatan mereka
dengan kaum lain dan berhenti memonopoli kawasan itu.
Beliau berkata jika pihak berkuasa tidak mengambil tindakan,
perhimpunan lain akan dibuat, sambil menambah rusuhan juga mungkin boleh
berlaku.
Jamal berkata beliau bertindak sebagai perantara antara kumpulan baju merah dan pihak berkuasa.
1 ulasan:
Panglima pun kecut perut...camna ni
Catat Ulasan