KUALA LUMPUR: Polis mengisytiharkan sebarang perhimpunan yang bakal
diadakan di sini esok ( SABTU ) atau Ahad ini adalah salah di sisi undang-undang,
sekali gus adalah perhimpunan haram.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, berkata
pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba
menganjurkan atau menghadiri perhimpunan itu dan akan mengambil tindakan
tegas terhadap mereka.
"Ingin saya tegaskan bahawa pihak polis tidak membenarkan sebarang
perhimpunan diadakan selepas tiada sebarang notis makluman diberikan
oleh mana-mana penganjur.
"Justeru, sebarang perhimpunan, jika diadakan adalah haram dan
menyalahi undang-undang. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka
yang cuba mencetuskan kekecohan dan mengancam keamanan negara," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan