NORAIZURA AHMAD
Kumpulan Otai Reformasi
menunjukkan poster yang tersebar di sekitar Kuala Lumpur dipercayai
dilakukan himpunan Maruah Melayu. Foto TRP/ Noraizura Ahmad
KUALA LUMPUR, Kumpulan Otai Reformasi 1998 menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap himpunan Maruah Melayu atau dikenali sebagai ‘Baju Merah’ yang akan diadakan 16 September dan 10 Oktober ini.
Jurucakap kumpulan itu yang juga bekas
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran, Ronnie Liu mendakwa
himpunan tersebut berunsurkan perkauman berdasarkan perkataan “darah”
dalam motonya iaitu “Himpunan Maruah Melayu, Tanah Tumpahnya Darahku”.
Beliau mendakwa kumpulan tersebut
mempunyai baju yang direka khas, laman web dan poster yang menampilkan
bayang individu bertanjak dengan melompat sambil menghunuskan parang
serta kata-kata yang berunsur keganasan.
“Sekiranya mahu mengadakan perhimpunan
ianya perlu dilakukan secara aman tetapi poster yang dipaparkan terdapat
perkataan darah, parang dan ini dianggap bahaya.
“Kami berharap polis dan Perdana Menteri
untuk mengambil tindakan sebelum perhimpunan itu diadakan,” katanya
ketika ditemui di luar Masjid Jamek di sini.
Beliau berkata, kumpulan tersebut akan membuat laporan di Balai Polis Daerah Dang Wangi supaya tindakan dapat diambil.
Ronnie turut menamakan presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia (PVTM) Mohd Ali Baharom dan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos sebagai penganjur himpunan itu.
Pada masa sama, beliau turut menyeru
Perkasa dan Perkida untuk tidak menyertai himpunan tersebut susulan nama
dua pertubuhan itu dikatakan akan turut serta nanti
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/05/ambil-tindakan-kepada-baju-merah-otai-reformasi/#ixzz3kuVAbtqh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan