THE RAKYAT POST
Nur Rozi Yanti Mat Rodzi
terjatuh daripada basikalnya dan dilanggar van pengiring pasukan yang
mengekori dari belakang. Foto: Mstar
KUALA LUMPUR, Seorang pelumba basikal pelapis kebangsaan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan di Km 19, Lebuhraya Kajang SILK pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Willey
Richard berkata dalam kejadian kira-kira 9.45 pagi itu, Nur Rozi Yanti
Mat Rodzi, 17, terjatuh daripada basikalnya dan dilanggar van pengiring
pasukan yang mengekori dari belakang.
Mereka dalam perjalanan balik dari Mantin, Negeri Sembilan ke Kompleks Sukan Bukit Jalil.
“Pemandu van dikatakan tidak menyedari
mangsa terjatuh kerana membetulkan kakinya yang kebas,” katanya ketika
dihubungi Bernama hari ini.
Katanya Nur Rozi kini dirawat di Hospital Kajang.
Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bomba
dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata laporan awal mendapati
atlet itu cedera parah di kepala dan patah peha kanan.
“Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan
Penyelamat Bangi bergegas ke tempat kejadian dan memberi rawatan awal
kepada mangsa sebelum dibawa ke Hospital Kajang,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan