Selasa, 16 Disember 2014

Rampas buku Kristian, polis Johor hina Perlembagaan Persekutuan

Teresa Kok Suh Sim (15)

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Tindakan polis menahan paderi Katolik Johor Father Cyril Mannayagam dan merampas 30 salinan buku dengan kalimah Allah untuk Orang Asli adalah bertentangan dengan kebebasan beragama.

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim berkata tindakan itu bertengangan dengan jaminan Perlembagaan Persekutuan dan melanggari Penyelesaian 10 Perkara yang diputuskan Jemaah Menteri pada 2011.

“Tindakan pada 5 Disember itu bertentangan dengan Penyelesaian 10 Perkara kerana bukan pujian tersebut bukan disebarkan kepada orang Islam, tetapi untuk penggunaan orang Kristian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Teresa menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Kabinet mengecam tindakan polis serta memerintahkan buku pujian tersebut dipulangkan segera.

“Idris adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencadangkan Penyelesaian 10 Perkara.

“Jadi, beliau dan Kabinet juga perlu memastikan bahawa Penyelesaian 10 Perkara dipatuhi semua agensi-agensi persekutuan dan negeri,” tegasnya.

Pada 24 Februari tahun ini, Idris menulis artikel mengenai pandangan beliau berhubung isu Allah, Alkitab dan kesahihan Penyelesaian 10 Perkara bertajuk ‘Isu Allah/Alkitab, Penyelesaian 10 Perkara adalah kunci mengurangkan jurang’ dalam The Star.

Idris menyatakan mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 11.4 , undang-undang Islam digubal untuk mengawal dan melarang penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.

Namun kata Idris, Penyelesaian 10 Perkara membenarkan penggunaan Alkitab dengan syarat hanya digunakan orang Kristian, gereja-gereja dan orang bukan Islam.

Beliau juga menyebut, bukan menjadi satu kesalahan bagi orang bukan Islam menyanyikan lagu Negeri Selangor yang mempunyai perkataan ‘Allah’ kerana mengucapkan kata-kata itu tidak bermaksud ‘menyebarkannya’. – Roketkini.com

Tiada ulasan: