KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR- NGO Lawyers For Liberty (LFL) menyeru
kerajaan Malaysia mendedahkan kerjasama dengan Agensi Risikan Pusat
(CIA) atau pihak berkuasa asing yang lain.
Ini berikutan laporan dari Open Society Justice Initiative, yang
mendakwa satu pasangan dari Libya ditangkap selama 13 hari dalam keadaan
diseksa, sebelum mereka dihantar ke Thailand.
Eksekutif
Lawyers For Liberty (LFL), Eric Paulsen berkata, LFL amat bimbang
dengan kemungkinan penglibatan Malaysia dalam program CIA yang mendera
suspek dalam tahanan seperti didedahkan Jawatankuasa Perisikan Senat
Amerika Syarikat, Selasa lepas.
Eric berkata penangkapan itu seolah-olah dilakukan atas arahan CIA atau pihak berkuasa asing lain.
“Jika ini adalah benar, ia adalah
satu perkara yang sangat membimbangkan apabila pihak berkuasa Malaysia
mempunyai kuasa menahan warga asing sewenang-wenangnya dan secara rahsia
seolah-olah mereka melakukan kesalahan jenayah di negara ini.
“Penangkapan dan penahanan seolah-olah dilakukan tanpa asas
undang-undang dan beroperasi di luar Perlembagaan Malaysia dan
perlindungan undang-undang lain termasuk akses kepada penasihat
undang-undang atau pendengaran oleh seorang Majistret dalam reman,”
katanya dalam satu kenyataan media
Katanya lagi, LFL turut menyeru
kerajaan Malaysia menghentikan tindakan tersebut dan proses penahanan
warga asing perlu dilakukan mengikut undang-undang Malaysia dan
antarabangsa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan