MALAYSIAKINI
Kerajaan Pulau Pinang hari ini akan memutuskan untuk merehatkan semua
anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) selepas kesemua 156 anggotanya
ditahan polis semalam.
Dalam kenyataan media exco kerajaan negeri, kesemua anggota PPS akan
direhatkan daripada sebarang aktiviti sehingga keputusan mahkamah dibuat
tentang kesahihan PPS.
Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat tergempar exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.
"(Kerajaan negeri) memutuskan untuk merehatkan peserta-peserta PPS
daripada semua aktiviti berkaitan di Pulau Pinang sehingga keputusan
mahkamah dibuat tentang kesahihan PPS," kata kenyataan itu.
Mesyuarat itu juga memutuskan untuk menyediakan bantuan guaman dan kewangan untuk membantu 156 anggota PPS dan Exco kerajaan negeri Phee Boon Poh yang ditahan polis, untuk menghadapi proses perundangan mahkamah.
"Semua peserta PPS yang ditahan itu akan diberikan sumbangan RM200
setiap hari ditahan serta apa-apa kerugian munasabah yang dialami semasa
dalam tahanan.
"Semua peguam yang perlu akan dilantik oleh pihak kerajaan negeri untuk
membela mereka serta membuktikan kesahihan PPS," kata kenyataan itu.
Mesyuarat itu juga mendesak supaya kesemua 135 anggota PPS yang
ditangkap oleh polis dibebaskan dengan segera dan tidak terus dianiayai
dengan perintah reman, selepas 21 peserta PPS dibebaskan dengan jaminan
polis pada awal pagi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan