MALAYSIAKINI
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng sedang memikirkan bila pula polis akan mencarinya berhubung
isu Unit Peronda sukarela (PPS), terutama selepas 156 anggotanya ditahan
semalam.
"Mungkin saya perlu bertanya, 'Bilakah saya akan
ditangkap?' Saya sedang menunggu beliau (Ketua Polis Negara (IGP), Tan
Sri Khalid Abu Bakar)," kata Lim kepada pemberita di luar Ibu Pejabat
Polis Daerah Timur Laut pagi ini, di mana anggota PPS sedang ditahan
sementara menunggu perintah mereka direman dari Mahkamah Majistret hari
ini.
Lim berkata kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada
"ancaman" IGP selepas beliau mengarahkan polis Pulau Pinang menangkap
anggota PPS, termasuk ahli exco negeri Phee Boon Poh, selepas mereka
menyertai perarakan hari Kemerdekaan di di Esplanade semalam.
"Kami berani bukan kerana kita kuat, kita lemah. Lihatlah, saya berada
di
ibu pejabat polis sehingga selepas jam 3 pagi merayu supaya anggota
wanita dan warga emas dibebaskan kerana mereka tidak melakukan sebarang
kesalahan," kata Lim.
"Jadi, kita tidak mempunyai kuasa seperti IGP. Tetapi, walaupun jika kita lemah, kita tidak akan tunduk kepada ugutan, kerana satu prinsip, kebenaran," katanya.
"Kami
berani kerana kita benar. Saya tahu beliau sangat berani kerana beliau
mempunyai kuasa. Saya mengucapkan tahniah kepada beliau. Syabas!" kata
Lim berseloroh.
Lim kemudiannya mencabar Khalid untuk berdebat
secara terbuka mengenai isu PPS, dan bertanya sama ada IGP "berani"
untuk menghadiri sesi tersebut.
Beliau bertanya sama ada Khalid
bersedia untuk berdebat mengenai kenyataan IGP itu yang dimenurut Lim
adalah tidak bertanggungjawab, serta mengenai penangkapan Phee dan juga
pengambilan kenyataan ketua menteri semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan