Roketkini.com
KULAI: Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching
mempersoalkan perbezaan statistik kadar jenayah tahun 2013 yang
diberikan Parlimen menerusi dua jawapan bertulis yang berlainan.
“Perbezaan kedua-duanya sangat besar. Bagaimana kita boleh ada dua statistik berbeza untuk tahun yang sama?” katanya dalam satu kenyataan.
Teo berkata, perkara itu sangat menyedihkan dan tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi daripada Dewan Rakyat yang merupakan institusi tertinggi negara.
Menurut jawapan Parlimen yang diberi kepada Liew Chin Tong, jumlah jenayah kekerasan yang berlaku pada tahun 2013 adalah 29,375, manakala jenayah harta benda 117,687.
Kadar itu jauh lebih tinggi berbanding jawapan yang diberikan kepada Izani, iaitu 20,246 bagi jenayah kekerasan dan 79,367 bagi jenayah harta benda.
Beliau berkata lagi, Kementerian Dalam Negeri perlu bertanggungjawab dan tidak boleh mengambil ringan terhadap jawapan yang diberikan di Parlimen, jika ingin menjadikan institusi tersebut bertaraf kelas pertama.
“Daripada sibuk menyiasat Ahli Parlimen Pakatan di bawah Akta Hasutan, bolehkah Menteri Dalam Negeri kita (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) meluangkan masa untuk menjelaskan percanggahan ini?” sindirnya. – Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan