MALAYSIAKINI
Mahkamah Rayuan menolak permohonan pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak
Hindu (Hindraf) P Uthayakumar untuk mengetepikan sabitan kes hasutannya.
Mahkamah bagaimanapun mengurangkan hukumannya penjaranya daripada 30 kepada 24 bulan.
Peguamnya berkata, selepas hukuman diringankan, Uthayakumar akan dibebaskan pada 3 Oktober.
Hakim Aziah Ali mengetuai panel tiga hakim yang membuat keputusan sebulat suara.
“Selepas mengambil kira rayuan migitasi, kami setuju kurangkan hukuman penjara kepada 24 daripada 30 bulan,” katanya.
Turut menjadi panel Hakim Mohamad Ariff Md Yusof dan Ahmadi Asnawi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.