MALAYSIAKINI
Phee Boon Poh, pengerusi Unit Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang
ditahan semalam, mendakwa dia telah disoal siasat oleh pihak polis
selama empat jam dan dilayan seperti "penjenayah".
"Mereka bertanya kepada saya segala macam soalan, ambil gambar saya dan
ambil cap jari saya sama seperti mereka akan lakukan terhadap seorang
penjenayah," kata Phee dalam satu temubual melalui telefon dengan Malaysiakini pada kira-kira jam 1.30 pagi tadi.
Ahli exco Pulau Pinang itu yang bertanggungjawab menjaga PPS,
ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani pada
kira-kira jam 4.30 petang semalam selepas kenyataan beliau direkodkan.
Beliau merupakan salah seorang daripada 156 anggota PPS yang ditahan
polis selepas mereka menyertai perarakan hari Kemerdekaan di Esplanade
semalam.
"Saya tidak menyalahkan polis, mereka sangat baik kepada saya. Mereka hanyalah mangsa keadaan," kata Phee.
"Tetapi begitu juga dengan saya - saya juga seorang mangsa keadaan," tambah exco ahli itu
Setakat ini, tujuh wanita dan 13 anggota PPS yang berusia lebih 60 tahun
dibebaskan pagi ini, manakala malam tadi, tiga orang telah dihantar ke
hospital selepas mengadu berasa tidak sihat.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan
pertubuhan itu haram Selasa lepas kerana ia tidak berdaftar dengan
Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Beliau memberi amaran akan menangkap anggota PPS yang meneruskan aktiviti sukarela.
Khalid juga menyifatkan 9,000 anggota PPS sebagai "samseng", tetapi Phee
telah menafikan sekeras-kerasnya, dan berkata unit adalah sebuah agensi
kerajaan negeri.
Phee bermalam dengan anggota PPS lain dalam lokap di mana ada yang tidur atas lantai kerana tempat tidur tidak mencukupi.
"Sekurang-kurangnya, anggota saya tahu yang saya tidak meninggalkan
mereka dan jika mereka terpaksa bermalam di lokap, begitu juga saya,"
kata ahli politik berusia 62 tahun itu.
Phee tidak dapat menemui isteri dan anak-anak perempuannya yang menunggu di luar pintu pagar ibu pejabat polis itu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang bersama Phee ketika beliau
ditangkap pada jam 4.30 petang semalam, telah menemui anggota keluarga
Phee sekitar tengah malam dan menasihatkan mereka supaya "pulang dan
berehat."
1 ulasan:
Kata PPS samseng, waah minda pendek rupanay KPN ini. Yang PERKASA terbukti samseng dan ganas tak berani kata apa apa pun kerana PERKASA adalah pertubuhan dilindungan UMNO. Nahas kalau KPN kacau PERKASA, mungkin dia tidak akn jadi KPN lagi. UMNO lebih kuat dari TUHAN, kuasa mereka boleh tentukan hidup rakyat didunia ini. TETAPI setelah mati UMNO adalah kerdil disisi ALLAH. Yang berbuat baik akan diterima masuk shurga, selian itu..neraka lah jalannya.
Catat Ulasan