MALAYSIAKINI
NGO pendesak Melayu, PERKASA bertanya
mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) begitu
cepat bertindak terhadap facebook yang menghina Kristian tetapi tiada
tindakan diambil terhadap banyak facebook yang hina kesucian Islam walau
sudah banyak aduan dibuat.
"Laporan polis terhadap beberapa portal berita dan facebook yang menghina kesucian Islam, kami kira cukup banyak, mengapa tiada lagi tindakan diambil," kata Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali.
"Apakah laporan polis tidak mencukupi dan perlu juga membuat aduan kpd SKMM?," tanya Syed Hassan dalam satu kenyataan.
"PERKASA harap SKMM jangan memilih-milih aduan. Penghinaan terhadap kesucian Islam tidak sedikit dalam portal-portal berita dan facebook," tambahnya.
Katanya, PERKASA sungguh terkejut begitu cepat sekali tindakan diambil oleh SKMM apabila Kristian dihina.
PERKASA juga, katanya, menunggu pula reaksi dari pertubuhan yang memperjuangkan hak kebebasan bersuara.
"Mengapa tidak menyelar SKMM kerana menyekat kebebasan suara bila laman facebook tersebut ditutup.
"Apakah pertubuhan perjuangkan kebebasan bersuara juga memilih-milih untuk membuat kritikan? Yang hina kristian didiamkan sahaja bila SKMM ambil tindakan dan bila Islam dihina dan tindakan diambil itu satu tindakan yang melanggar kebebasan bersuara?" tegasnya.
Bagaimanapun, katanya, PERKASA mengucapkan tahniah kepada SKMM kerana bertindak segera membuang Facebook yang menghina Kristian sepertimana kenyataan pengerusi SKMM yg disiarkan oleh beberapa portal berita semalam.
Apapun, tegas Syed Hassan, PERKASA menyokong tindakan terhadap mana-mana pihak yang menghina apa jua agama dalam negara ini.
"Perbuatan menghina sesuatu agama bukanlah kebebasan bersuara. Penghina terhadap sesuatu agama wajar dihukum dengan hukuman yang keras," tegasnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan