Aktor
kacak Zain Saidin memberitahu dia mahupun keluarga belum menetapkan
sebarang perancangan untuk merisik aktres Rozita Che Wan dalam masa
terdekat.
Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, perancangan ke arah perkahwinan masih belum difikirkan pada waktu ini biarpun dia mengakui hubungan dengan Rozita berada pada tahap yang lebih stabil.

“Hubungan
kami macam itu juga. Saya akui kami semakin stabil dan baik tetapi
belum ada perancangan untuk merisik atau apa-apa pun pada waktu ini,”
katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Zain
berkata demikian sebagai respons kepada gambar-gambar percutiannya
bersama Rozita dan keluarganya di Singapura pada hujung minggu lalu
yang dimuat naik di laman Instgram milik aktor itu.
Ditanya
mengenai percutian itu, Zain berkata, dia mengambil peluang bersempena
cuti Tahun Baru Cina dengan menghabiskan masa selama dua hari di taman
tema Universal Studios Singapura (USS) di samping Rozita dan
keluarganya.
“Kami sengaja berjalan-jalan di USS sebab kebetulan sedang cuti. Kami pergi selama dua hari dengan Rozita, anak-anak dan adiknya Ayu Raudhah dan suami,” katanya.
“Kami sengaja berjalan-jalan di USS sebab kebetulan sedang cuti. Kami pergi selama dua hari dengan Rozita, anak-anak dan adiknya Ayu Raudhah dan suami,” katanya.
Mengenai kerjaya, Zain berkata, dia bakal menyambung semula penggambaran drama bersiri Oh My English! musim kedua selepas cuti perayaan ini.
“Selain Oh My English!, saya juga akan terlibat dalam program realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim terbaharu pada Mac depan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan