Anda
sering menghadapi masalah kehabisan bateri telefon bimbit ketika
saat-saat genting?Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana secawan kopi
panas atau sejuk sudah mampu menyelesaikan masalah anda yang sering
kehabisan bateri telefon bimbit.
Sebuah syarikat elektronik beribu pejabat di New Castle, Pennsylvania di Amerika Syarikat, Epiphany Labs telah mencipta prototaip pengecas yang kuasanya dijana menggunakan minuman panas atau sejuk untuk memastikan bateri telefon sentiasa penuh.

Ciptaan
yang dikenali sebagai The Epiphany One Puck mempunyai dua bahagian
berwarna merah untuk air panas dan biru bagi air sejuk.
Gajet
tersebut menggunakan penjana yang dikenali sebagai Stirling untuk
menukarkan tenaga haba kepada tenaga elektrik yang kemudiannya
disambungkan kepada telefon bimbit melalui kabel USB.
Buat masa ini, firma Epiphany Labs masih menguji tempoh yang diperlukan gajet itu untuk mengecas telefon bimbit berdasarkan tahap kesejukan atau kepanasan sumber.
Buat masa ini, firma Epiphany Labs masih menguji tempoh yang diperlukan gajet itu untuk mengecas telefon bimbit berdasarkan tahap kesejukan atau kepanasan sumber.
Pegawai
Epiphany Labs, Tim Joseph berkata, pihaknya masih mengumpul dana bagi
merealisasikan projek tersebut untuk memasarkan gajet berkenaan secara
besar-besaran.
“Idea
menggunakan penjana Stirling bukan perkara baharu, tetapi tiada pihak
yang berjaya menghasilkan gajet berguna yang dijual secara meluas di
pasaran.
“The Epiphany One Puck dijangka mula dijual pada awal tahun depan dengan harga AS$114 (RM351) seunit,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan