Ahad, 17 Februari 2013

RM 1.68 Juta Untuk Jom Shopping Ibu Tunggal Dilancar


jom shopping ibu tunggal mb 03

PETALING JAYA  : Kerajaan Negeri terus mara memperkasa golongan wanita dengan pelancaran program kebajikan terbaru hari ini, Jom Shopping Ibu Tunggal.

Bertempat di Hypermarket Giant Kota Damansara petang tadi, seramai 150 peserta daripada sembilan DUN bertuah apabila menjadi kumpulan pertama ibu tunggal yang menikmati inisiatif tersebut dengan ditemani sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid dalm ucapan perasmiannya berkata, program tersebut merupakan satu amanah dan tanggungjawab Kerajaan Negeri dalam mengembalikan hak rakyat kepada rakyat.

“Kita faham masalah utama rakyat ialah kurang perbezaan kurang pendapatan yang tinggi, maka Kerajaan Negeri perlu bijak menguruskan wang rakyat.

jom shopping ibu tunggal mb 01

“Ini sudah dibuktikan sepanjang lima tahun pentadbiran Kerajaan Pakatan di Selangor dengan penganjuran pelbagai program kebajikan khusus untuk rakyat,” ucap beliau yang turut ditemani isterinya, Puan Sri Salbiah Tunut.

Hadir sama dalam pelancaran program tersebut ialah Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail, Adun Kota Anggerik, Dr. Yaakob Sapari, Adun Taman Medan, Haniza Talha, Adun Meru, Dr. Abdul Rani Othman dan Pengarah Komunikasi GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, Ian Cruddas.

Peserta ibu tunggal yang terlibat hari ini adalah daripada DUN Batu Tiga, Dun Kota Anggerik, DUN Taman Medan, DUN Meru, DUN Seri Setia, DUN Paya Jaras, DUN Bukit Lanjan, DUN Gombak Setia dan DUN Kota Damansara.

Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM 1.68 juta untuk menjayakan program sulung ini dengan dijangka dapat menarik penyertaan seramai 150, 000.

Mana-mana ibu tunggal berumur antara 19 hingga 59 tahun yang lahir dan bermastautin di Selangor boleh memohon untuk program itu dengan mendaftar di Pusat Khidmat DUN atau secara atas talian di E-bu.selangor.gov.my.

Sehingga kini seramai 25, 000 ibu tunggal sudah mendaftar di portal e-bu dengan 18,001 adalah berbangsa Melayu, 1574 berbangsa India, 792 orang berbangsa Cina dan selebihnya tergolong dalam lain-lain bangsa.

Tiada ulasan: