Selasa, 12 Februari 2013

Perlawanan Sabah antara Pakatan-BN, SAPP tidak relevan, kata pemimpin


KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat (PR) sangat yakin mereka tidak memerlukan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Sabah, negeri yang dianggap penting untuk merealisasikan impian mereka untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013. 
 
Kedua PR dan sekutu baru mereka Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) memberitahu The Malaysian Insider perlawanan di Sabah, seperti negeri lain di Malaysia, akan tertumpu kepada diantara BN dan PR.

Semua pemain lain dalam pertempuran akan dianggap “tidak relevan” untuk membuat perubahan dalam undi pembangkang, kata mereka.

Barisan pembangkang di Sabah amat sesak, dengan tiga parti PR DAP, PKR dan PAS, sekutu baru APS dan PPPS, dan dua parti pembangkang lain SAPP dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang di pimpin oleh ahli politik veteran, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Semua tujuh pergerakan politik sebelum ini mahu bersatu menentang BN tetapi kegagalan pengagihan kerusi menyebabkan pilihan raya akan datang mungkin akan menyaksikan pertandingan tiga atau empat penjuru melawan BN.

Sekutu PR baru berasaskan Sabah, Ketua APS Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing (gambar) memberitahu The Malaysian Insider keengganan SAPP untuk mengalah dari permintaan yang “tamak” untuk bertanding sekurang-kurangnya lebih separuh darpada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan rundingan kerusi mereka dengan PR mengalami kebuntuan.

Beliau memanggil ketua SAPP sebagai “anggur masam” kerana memulakan peperangan mulut terhadap dirinya dan seorang lagi sekutu baru PR Sabah, Ketua PPPS Datuk Seri Lajim Ukin, selepas menyedari permintaan kerusi parti mereka akan ditolak.

Minggu lepas, ketua SAPP Datuk Yong Teck Lee menyamakan kedua-dua lelaki itu sebagai kerbau yang dicucuk hidung, mengatakan kedua-duanya terpaksa tunduk kepada pemimpin-pemimpin PR di Semenanjung untuk melobi kerusi dalam pilihan raya umum akan datang.

“Saya tidak sedikitpun tersinggung dengan kenyataannya,” kata Bumburing dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider. “Beliau hanyalah anggur masam. Mengetahui peluangnya dengan PR hampir gagal, beliau cuba untuk mengeluarkan kata-kata mengarut untuk merendahkan kami.”

Ahli parlimen Tuaran itu menambah, Yong bekas ketua menteri Sabah yang agenda partinya hanya untuk mempertahankan Sabah ditangan parti berasaskan Sabah, tidak pernah berminat dengan perjuangan pembangkang.

“Beliau hanya mahu menyertai perjuangan dengan cara ini kerana mahu menjadi ketua menteri sekali lagi ... ia hanya kepentingan peribadi beliau. Jadi beliau begitu terdesak untuk mempunyai cara beliau ... ini adalah peluang peluang terakhir untuk beliau menjadi ketua menteri lagi,” tegas Bumburing.

“Tetapi lihatlah, walaupun dalam sejarah politik Sabah, tidak pernah ada pertembungan satu lawan satu. Tetapi rakyat Sabah sentiasa mengundi untuk kedua-dua pihak utama dalam pertempuran.”

Pemimpin Kadazandusun terkenal itu menegaskan pemerhatian beliau di Sabah, termasuk sebelum meninggalkan jawatannya sebagai timbalan presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut Bersatu (UPKO) dari BN, pilihan raya akan datang adalah diantara BN dan PR.

PR, gabungan longgar yang ditubuhkan selepas DAP, PKR dan PAS menang secara signifikan dalam Pilihan Raya 2008, terutamanya di Semenanjung, berkembang dengan ketara dalam kekuatan dan angka dan telah pun melebarkan sayapnya merentasi Laut China Selatan ke Malaysia Timur untuk meningkatkan sokongan.

“Saya tahu dengan pasti rakyat kini sedang membuat keputusan, dan bagi kebanyakan, mereka sudah membuat keputusan ... jadi apabila kempen bermula, pilihan adalah diantara PR dan BN. SAPP dan lain-lain, hanya akan membuat sedikit perbezaan.

“SAPP dan STAR hanya bermain politik di celah-celah ... mereka akan kekal hilang di tengah-tengah,” kata Bumburing.

Naib Presiden PKR Chua Tian Chang memberitahu The Malaysian Insider pada hujung minggu beliau bersetuju dengan Bumburing bahawa tumpuan pertandingan pilihan raya yang akan datang adalah di antara BN dan PR.

“Itu adalah perjuangan dari awal-awal lagi ... jangkaan kami adalah kita semua komited kepada satu agenda, dan itu adalah bagi orang ramai untuk memilih antara BN dan PR.

“Kami telah sentiasa berminat dalam berkongsi kerusi dengan SAPP tetapi malangnya, mereka tidak dapat menyertai kami. Jadi sekarang, kita tidak mempunyai pilihan tetapi untuk bergerak ke hadapan antara PR, APS dan PPPS,” katanya.

Minggu lalu Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mengatakan SAPP telah secara rasmi dikeluarkan dari rundingan kerusi bersama PR, oleh kerana parti berasaskan Sabah itu enggan mengalah dari menuntut sekurang-kurangnya separuh daripada 60 kerusi DUN Sabah.

Hujah Yong adalah kuasa pentadbiran Sabah untuk kekal di tangan rakyat Sabah, hanya parti berasaskan negeri perlu bertanding sejumlah besar daripada 60 kerusi.

PR berasaskan Semenanjung, katanya, boleh mengambil majoriti 25 kerusi parlimen Sabah, membenarkan impian mereka untuk mewakili negeri tersebut di Parlimen dan untuk merampas Putrajaya.

Dalam Pilihan Raya 2008, BN menyapu 59 daripada 60 kerusi DUN dan 24 daripada 25 kerusi parlimen. Kemudiannya dalam tahun 2008, SAPP menarik diri dari BN, membawal kedua-dua ahli parlimen dan dua kerusi DUN bersama mereka.

Pertandingan dalam pilihan raya akan datang akan menjadi paling sengit antara BN dan PR dan semua mata akan tertumpu kepada keputusan di Sabah, Sarawak dan Johor, tiga negeri di mana BN masih mempunyai perwakilan yang kuat.

Tiada ulasan: