Ahad, 10 Februari 2013

Penganjur konsert masih membisu siapa taja Psy



 
Mega Ultimate, syarikat yang dikatakan membayar persembahan bintang pop Korea, Psy  di majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang terus membisu mengenai maklumat penajaannya.

NONEJurutera sistemnya, Anthony Chow Chee Ming (kanan) hanya
bersetuju untuk ditemubual mengenai "masalah teknikal" melibatkan persembahan yang dijadualkan Isnin ini, 11 Februari Isnin, di Kolej Han Chiang.

Wartawan menekannya untuk mendapatkan maklumat mengenai penajaan dan perbelanjaan tetapi Chow hanya berkata: "Tiada komen, saya hanya akan bercakap tentang perkara-perkara teknikal".

Menurut Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi, Psy atau Park Jae-Sang, telah ditawarkan 'harga tetap' sebanyak AS$500,000 (atau RM1.5 juta) untuk mempersembahkan  lagu hitnya 'Oppa Gangnam Style' di majlis tersebut.

BN, bagaimanapun, menegaskan ia tidak membiayainya, sambil menambah bahawa "kita tidak membayar satu sen pun" untuk persembahan bintang sensasi dunia itu.

Keputusan BN untuk menjemput Psy untuk menarik orang ramai menghadiri majlisnya itu mendapat reaksi bercampur-campur dengan ramai menghantar mesej ke halaman peminat Facebook beliau, mendesaknya supaya jangan datang.

Tiada ulasan: