Isnin, 11 Februari 2013

Pemuda PAS: `Jangan campur urusan Pakatan’

 
Urusan siapa menjadi Perdana Menteri adalah urusan kepimpinan Pakatan Rakyat, kata Nasrudin Hassan.



PETALING JAYA: Pemuda PAS mengingatkan ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim supaya tidak mencampuri urusan Pakatan Rakyat dalam menentukan jawatan Perdana Menteri.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan berkata, sesiapapun yang bukan dari Pakatan Rakyat tidak boleh mencampuri urusan Pakatan Rakyat.

“Urusan siapa menjadi Perdana Menteri adalah urusan kepimpinan Pakatan Rakyat.”

“Orang lain boleh beri cadangan tetapi tidak ada kuasa menentukannya.  Serah kepada Pakatan Rakyat untuk memmbuat keputusan,” tambahnya lagi.

Nasrudin mengulas kenyataan Zahrain yang mengatakan beliau mendapat maklumat bahawa Tengku Razaleigh Hamzah kemungkinan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum ke 13.

Zahrain memberi alasan majlis syura PAS menolak Anwar sebagai pemimpin berikutan kontroversi penggunaan kalimah Allah yang ditimbulkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bagaimanapun, dilaporkan Tengku Razaleigh, tokoh veteran Umno  yang kini ahli parlimen Gua Musang  tetapi rapat denganpembangkang terutama PAS menafikan dakwaan tersebut.

Tiada ulasan: