Ahad, 24 Februari 2013

Manifesto Rakyat, kempen awal Pakatan tawan Putrajaya


DETIK DAILY

Manifesto Pakatan Rakyat yang bakal dilancar pada Konvensyen Pakatan 25 Februari ini dengan tema "Pakatan Harapan Rakyat" merupakan kempen awal menawan Putrajaya. Pelancaran manifesto ini juga akan memberi lebih peluang kepada rakyat untuk menilai tawaran yang ditampilkan.

Pakatan lebih komited untuk membela rakyat berbanding Umno-BN yang masih belum memperincikan manifesto mereka untuk menghadapi pilihan raya paling sengiot dan paling getir kali ini.

Pelancaran "Manifesto Rakyat: Pakatan Harapan Rakyat" ini menandakan bermulanya kempen Pilihan Raya Umum (PRU13) yang ditunggu-tunggu sejak dua tiga tahun kebelakangan ini.

Pakatan sangat-sangat mengalu-alukan perdebatan, pandangan dan kritikan sihat berhubung cadangan-cadangan atau tawaran yang dikemukakan di dalam Manifesto Rakyat ini.

Pelancaran awal manifesto ini membuktikan juga komitmen Pakatan untuk memastikan kempen pilihan raya umum kali ini tertumpu kepada persoalan rakyat dan dasar untuk melawan politik perkauman dan fitnah yang dibawa BN.

Konvensyen keempat Pakatan Rakyat akan berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) Isnin, 25 Februari bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

Manifesto yang bakal dibentang pada konvensyen ini adalah kemuncak gabungan dasar bersama Pakatan Rakyat termasuk tawaran baru.

Manifesto ini lebih mudah untuk rakyat faham, tidak seperti manifesto BN. Pakatan Rakyat akan mempastikan perkara ini tidak berlaku kepada manifesto Pakatan.

Manifesto ini juga mengambil kira penyelidikan bukan sahaja kepada Umno BN, tetapi di seluruh rakyat di negara ini.

Manifesto adalah janji Pakatan kepada rakyat dan ia diyakini mampu dilaksanakan oleh Pakatan jika menang dalam PRU13 nanti, termasuk perincian mengikut tahun Pakatan mentadbir seperti lima tahun pertama, 10 tahun dan seterusnya.

Pakatan turut menyeru rakyat memilih Pakatan Rakyat pada PRU13 kerana tawaran Pakatan memberi penekanan kepada kesejahteraan rakyat.

Berbanding dahulu, rakyat memilih Pakatan kerana mereka tidak suka dengan Umno-BN. Tetapi kali ini sudah tentulah Pakatan mahu mempastikan rakyat memilih kerana tawaran menarik yang ditawarkan kepada mereka.

Ia meliputi semua perincian bagi kesenangan rakyat. Dasar Pakatan untuk membela rakyat sangat jelas.

Meyakinkan lagi perkara ini, KeADILan mengumumkan Institut Rakyat sebagai tunjang kepada dasar persiapan awal Pakatan Rakyat mentadbir negara.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli menyifatkan penubuhan institut itu sebagai landasan untuk memfokuskan dasar Pakatan secara jelas kepada rakyat.

Inilah tempat perincian dasar yang dibuat secara rasmi. Pakatan sudah lama membuat penyelidikan mengenai perkara ini tapi tidak secara formal.

Perancangan penubuhan institut itu sejak setahun lalu dengan matlamat jelas menjalankan kaji selidik dasar dan pemikir untuk memperkukuh keupayaan kajian dan dasar parti.

Penubuhan institut ini sebagai pembentuk dasar dengan pendekatan baru dalam politik.

Tiada ulasan: