Rizal Tahir, |
KOTA BHARU: Ketika BN Pulau Pinang bertegas untuk membawa artis popular Korea Psy dengan kos RM2 juta, berlainan pula dengan kerajaan Kelantan yang akan mengundang peserta kebudayaan Cina dari Pulau Pinang ke Kelantan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar), berkata sempena menyambut Tahun Baru Cina, kerajaan Kelantan akan menganjurkan persembahan kebudayaan Khas.
Takiyuddin berkata demikian pada sidang medianya petang semalam, di Kota Darul Naim.
Menurutnya, kerajaan Kelantan akan menjemput kumpulan kebudayaan dari Pulau Pinang untuk membuat persembahan kebudayaan masyarakat mereka di Jalan Kebun Sultan, pada 20 Febuari ini.
Program yang dianjurkan selepas Chap Goh Meng, sempena majlis Jamuan Mahabbah.
“Memang kita tidak ada persembahan khas kebudayaan Cina seperti changgay dari Kelantan, jadi kita jemput kumpulan kebudayaan dalam negara juga, walaupun di luar Kelantan dan bukannya luar negara,”ujarnya.
Walaupun kos sebenar yang turut melibatkan jamuan untuk seluruh rakyat Kelantan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama yang juga akan diadakan pada hari itu.
Takiyuddin juga turut majlis berkenaan dianjurkan kerajaan negeri bersama portfolio anggota exco kerajaan negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.
“Program ini akan diadakan di Pusat Khidmat Adun Kota Lama, Jalan Kebun Sultan.
Sementara itu, pada 15 Febuari ini pula diadakan sambutan sempena Tahun Tahun Baru Cina juga akan diadakan di Pusat Khidmat Dun Kota Lama bermula 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Menurut Takiyuddin, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan hadir pada majlis itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan