Sabtu, 23 Februari 2013

Ismail Kamus calon tepat DUN Gombak Setia

 
Ismail pernah menjadi Adun PAS Gombak Setia pada tahun 1999 sehingga 2004. 

 

Spekulasi Pilihan Raya 


PETALING JAYA: Datuk Ismail Kamus yang merupakan penceramah bebas dan terkenal dengan ceramahnya masih disebut-sebut menjadi calon untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia.

Walaupun faktor kesihatan beliau masih menjadi isu, namun menurut sumber ketokohan Ismail sebagai calon tiada tolok bandingnya.

Ismail pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Gombak Setia pada tahun 1999 sehingga 2004.

Bekas Exco Selangor yang juga Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali mengisytiharkan dirinya sebagai calon bebas.

Hasan Adipecat oleh PAS dan kini bergerak sebagai wakil rakyat bebas dan menubuhkan sebuah NGO iaitu Jalur Tiga (Jati).

Maka kerusi DUN Gombak Setia yang masih diwakili oleh PAS dalam Pakatan Rakyat masih belum diisi calon yang sesuai.

Saingan tiga penjuru

Menurut sumber, jika Hasan  masih bertanding di kerusi berkenaan tidak mustahil berlaku pertandingan tiga penjuru antara PAS-Barisan Nasional-Bebas.

PAS menurut sumber mahu mengekalkan kerusi DUN Gombak Setia dan nama Ismail merupakan calon tepat untuk menyaingi Hasan di kawasan tersebut.

Sumber tersebut berkata, jika Ismail diletakkan sebagai calon di kawasan berkenaan kemenangan akan berpihak kepada PAS.

Ini menurut sumber, Hasan yang mula menjadi Adun sejak 2008 didakwa jarang bertemu dengan rakyat ketika menjawat jawatan sebagai Exco Selangor.

Peluang cerah untuk Ismail sekiranya diletakkan sebagai calon memandangkan beliau sudah dikenali oleh pengundi di kawasan tersebut.

Jika kedua-dua calon berkenaan bertanding, maka kerusi DUN Gombak Setia akan memperlihatkan pertandingan di antara dua tokoh agama yang mempunyai personaliti berbeza.

Sumber turut meramalkan Ismail Kamus mampu menang di DUN Gombak Setia kerana faktor beliau sebagai bekas Adun dan penceramah bebas.

Tiada ulasan: