Aliff Fikri
KLANG : Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana
Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang
disambut meriah dengan plakad ‘Anwar PM ke-7′.
Ketua
Umum KEADILAN itu tiba ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sedang berucap
sekitar jam 11 malam sebelum Menteri Besar Selangor itu mengumumkan
ketibaan Anwar.
Berikutan itu, rakyat baik Melayu, Cina dan India menjulang plakad
berkenaan dengan disertai gema sorakan sebelum Anwar bergambar kenangan
dan memulakan ucapan.
Plakad itu disediakan atas inisiatif Ketua Angkatan Muda KEADILAN
(AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri yang diedar kepada sebahagian dari
lebih 5,000 hadirin.
Turut
berucap pada program itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah
Sani Abdul Hamid; Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen
Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti
Mariah Mahmud.
Anwar pada 17 Februari lalu disambut dengan plakad yang asalnya
disediakan untuk Datuk Seri Najib Razak tetapi orang ramai
mengubahsuaikannya kepada ‘I Love (New) PM’.
Ia berlaku pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan
Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era di
Kajang yang dihadiri Najib secara berasingan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan