Jumaat, 22 Februari 2013

KEADILAN anjur ‘Catwalk Candidate’ perkenal calon PRU 13

Oleh Norutul Ilham

KUALA LUMPUR : KEADILAN buat pertama kali akan memperkenal calon PRU 13 menerusi acara ‘Catwalk Candidate’ pada Konvensyen parti itu 5 Mac ini.

Pengarah Strategi, Rafizi Ramli berkata, acara ‘sensasi’ yang bakal menghangatkan pentas konvensyen itu merupakan kaedah parti yang terkini dan ke hadapan.

“Konvensyen KEADILAN dijadual pada 5 Mac. Kita ada buat ‘Catwalk Candidate’, tanpa ucapan-ucapan seperti kebiasaan.
Rafizi
 “Untuk acara ini, kita kena yakinkan pengundi bahawa calon kita paling sedia dan ‘panas’. Kita akan pamerkan di kalangan calon wanita muda dan calon profesional.

“Kita mungkin pilih dalam 30 paling terbaik dan ‘terpanas’,” katanya pada taklimat kepada kakitangan Suara Keadilan di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

Rafizi berkata, dengan perkenal calon terus kepada rakyat, sekurang-kurangnya mampu membuktikan KEADILAN berkeyakinan menampilkan calon, tidak seperti Umno BN yang hanya menang ‘berkokok’.

“Dengan tindakan ini kita dapat patahkan Umno BN yang heboh pasal calon boleh menang sejak tiga tahun lepas, tapi seorang pun tak keluar-keluar (diumumkan) sampai sekarang.

“Kita nak tunjukkan walau tiga tahun kamu (Umno BN) bercakap soal calon boleh menang, tapi sebenarnya tiada calonpun.

“Inilah bukti keupayaan dan kejayaan dalam KEADILAN. Kita sering mendahului mereka, dalam diam-diam tiba-tiba ada (calon), jadi mereka akan terkejut,” ujarnya.

Tiada ulasan: