Lu Wei Hoong
Pengerusi
Wanita MCA Kebangsaan Yu Chok Tow menyuarakan kebimbangan terhadap
kemungkinan semua anggota parlimen yang beragama Islam, termasuk
daripada Umno, terikat secara tanggungjawab untuk menyokong cadangan
hudud PAS sekiranya Pakatan Rakyat menawan Putrajaya.

"(DAP
) dakwa PAS tidak mungkin boleh usahakan pindaan Perlembagaan
Persekutuan untuk laksanakan hudud, tetapi hakikatnya, daripada 222
kerusi parlimen, sebanyak 133 diduduki oleh anggota parlimen yang
beragama Islam," katanya dalam ucapan pembukaan di Persidangan Agung
Wanita MCA di Kuala Lumpur.
"Ekoran pertimbangan agama, anggota
parlimen Umno dan PKR tiada pilihan selain menyokong rang undang-undang
(hudud), sekali gus membuka jalan kepada keperluan dua pertiga untuk
pindaan perlembagaan."
Walaupun mengakui anggota parlimen
beragama Islam masih kurang 15 kerusi untuk mendapatkan majoriti 2/3, Yu
menegaskan hudud akan dilaksana sekiranya pindaan perlembagaan
dibentangkan.
Sehubungan itu, tambahnya, Malaysia akan bertukar menjadi negara teokratik sekiranya mengundi Pakatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan