Oleh Nasrudin bin Hassan |
1. Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Kong Cho Ha telah menempelak apabila saya menegaskan bahawa MCA adalah parti yang anti Islam .
2. Saya melihat beliau pura - pura bertanya " Adakah PAS juga menganggap DAP sebagai anti Islam ?
3. Persoalannya "Kenapa pula Setiausaha Agung MCA bertanya demikian ? Bukankah pemimpin pemimpin MCA, terutamanya di dalam media milik mereka The Star, secara konsisten menegaskan kepada masyarakat non Muslim bahawa undi untuk DAP adalah undi untuk hudud" ?
4. Ertinya MCA seperti mahu mengesahkan bahawa DAP menyokong hudud. Maka
apa masaalah DAP bersama PAS dalam Pakatan Rakyat ? dan apa perlunya
PAS menganggap DAP anti islam pula ? MCA lah yang sangat ketara sikap
anti Islamnya.
5. Pemimpin MCA juga selalu mengulang statement bahawa "DAP tunduk kepada PAS"
6. Selayaknya tidak berbangkit persoalan yang dikemukakan oleh
Setiausaha Agung MCA tersebut sebaliknya apa yang pasti ialah MCA sangat
tegar menentang Islam.
7. Presiden MCA
pada 23 September 2011 pernah menegaskan dihadapan para wartawan , jika
UMNO melaksanakan hudud, MCA akan keluar Barisan Nasional. Ekoran
ugutan keras MCA, sehingga kini UMNO terpaksa menikus demi kepentingan
survival politik mereka
8. Pada 4 December 2011 , selepas merasmikan Forum mengenai hudud di
Wisma MCA, sekali lagi Datuk Seri Chua Soi Lek menegaskan bahawa
Malaysia akan kehilangan pelabur dan negara akan binasa jika hudud
dilaksanakan. Malah beliau juga menekankan bahawa hudud tidak adil
kepada semua khasnya kaum wanita disamping menyebut bahawa undang -
undang Islam adalah kejam.
9. Menambah
"kecut"nya UMNO berdepan MCA ialah apabila Presiden MCA itu menulis
dalam twitternya pada 1 Julai 2012 [sebagai respon kepada ADUN Kemelah
yang mencadangkan perlaksanaan hudud di Johor] bahawa : "ADUN Umno
Johor itu tentu sudah kehabisan idea dan hilang akal untuk mencadangkan
hudud di Johor meliputi bukan Islam,"
10.
Dituduh hilang akal pun, UMNO masih tidak mampu membentak MCA apa lagi
mengambil apa - apa tindakan berkesan ke atas MCA agar tidak biadab
terhadap Islam dan penganutnya seperti menuduh hilang akal, habis idea
dan sebagainya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan