Jumaat, 19 Oktober 2012

Skandal Musa calar visi Najib

 
Skandal terbaru ini hanya satu dari banyak lagi skandal yang timbul sejak akhir-akhir ini walaupun kita diambang menghadapi pilihan raya umum.



Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan siapa penderma wang sebanyak S$16 juta (RM40 juta) yang dirampas di Lapangan Terbang Hong Kong menguatan lagi keyakinan kita betapa buruknya bentuk penyelewengan dan amalan rasuah yang sedang berlaku di kalangan mereka yang berkuasa.

Ini berikutan pengakuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa wang tersebut adalah sebagai sumbangan untuk tabung Umno Sabah.

Nazri pada 11 Oktober lalu memberi jawapan bertulis di Parlimen menafikan bahawa wang tunai dolar Singapura sebanyak $S16 juta atau RM40 juta itu adalah untuk Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau mendakwa wang tersebut sebaliknya adalah merupakan sumbangan untuk Umno Sabah walau pun pembawa wang itu, Michael Chia Tien Foh merupakan seorang agen peribadi yang diketahui ramai rapat dengan Musa Aman.

Dalam usaha lanjut untuk menolak anggapan bahawa terdapat berlakunya penyelewengan dalam episod ini, Nazri menambah, dalam kenyataannya bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memutuskan bahawa tidak ada elemen rasuah yang dapat dibuktikan.

Bagaimanapun, kenyataan ini jelas bercanggah dengan pendirian SPRM dalam menanggani isu terbaru ini kerana SPRM baru beberapa hari sebelum ini mendedahkannya.

Timbalan Pesuruhjaya (operasi) SPRM Shukri Abdul berkata, “siasatan terhadap Musa ialah atas sebab rasuah dan kami telah siap siasatan itu tetapi panel mengarahkan kami untuk mendapatkan lebih banyak bukti.”

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan para wartawan selepas tamat Persidangan Lembaga Persatuan Anti Rasuah Antarabangsa Keenam (IAACA) di Kuala Lumpur pada 5 Oktober lalu.

“Panel” yang dimaksudkan oleh Shukri Abdul ialah sebuah panel semakan operasi SPRM, yang mengarahkan bahagian operasi untuk mengutip lebih banyak bukti terhadap Musa Aman selepas menerima laporan kes itu ketika mesyuarat panel pada bulan Mei.

Ketika mana ketua penyiasat SPRM itu mendakwa kes ini masih dalam siasatan, bagaimana mungkin Nazri mendakwa bahawa SPRM telah membuat keputusan bahawa tidak ada bukti berlakunya rasuah?

Jawapan tidak jujur 

Jelas, salah seorang daripada mereka berbohong, atau kedua-dua mereka berbohong kerana tidak ada kredibiliti tentang apa yang disebutkan oleh mereka jika kita melihat kepada keseluruhan kes ini.
Besar kemungkinan Nazri tidak bercakap benar kerana tentu beliau tidak lebih tahu dari ketua penyiasat (Shukri Abdul) tersebut.

Mengenai Shukri Abdul, bolehkah kita mempercayai kata-katanya bahawa SPRM tidak boleh membuat keputusan walaupun sudah empat tahun penyiasatan dilakukan, dalam kes yang mudah di mana seseorang ditahan ketika menyeludup sejumlah wang yang banyak?

Lagi pun, segala bukti yang dimuatkan di Internet menunjukkan rangkaian aliran wang yang berasal dari hasil rasuah kayu balak di Sabah.

Michael Chia memainkan peranan utama dalam rangkaian ini di mana akhirnya wang tersebut didepositkan ke dalam akaun Musa Aman di UBS AG di Zurich.

Malahan carta aliran itu menunjukkan pergerakan wang lengkap dengan butir-butir akaun yang keluarkan oleh Pesuruhjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) di mana sesalinannya dikirimkan kepada SPRM.
Menurut laman web Sarawak Report, portal berita itu juga memuatkan carta aliran wang tersebut melalui http://www.sarawakreport.org/2012/04/hold-on-trust-for-aman-more-devastating-evidence-from-the-icac-investigation/.

Bukannya susah untuk meneliti rangkaian akaun bank dan transaksi wang dan insiden RM40 juta hanya merupakan sebahagian kecil sahaja dari usaha untuk menyeludup wang rasuah kayu balak dari Sabah.

ICAC juga menghantar hasil penemuan siasatannya kepada SPRM dan memohon kerjasama antara-kerajaan untuk menyelesaikan kes ini tetapi usaha ini dilaporkan telah dihalang oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Bolehkah SPRM membuat penafian bahawa pihaknya mempunyai hasil siasatan ICAC dalam kes ini termasuk carta aliran wang yang menuding jari kepada Musa Aman?

Barangkali Jawatankuasa Terpilih Parlimen perlu mendakwa Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim untuk menjawab soalan ini.

Pembohongan Musa terdedah 


Musa Aman, dengan membuat penafian terhadap segala tuduhan terhadapnya, meningkatkan lagi krisis kredibiliti yang dihadapi Nazri dan Shukri Abdul.

Sebagai respon terhadap berbagai tuduhan yang dibuat Sarawak Report, di antaranya termasuk dua anak lelaki Musa Aman yang belajar di Australia menerima wang suap dari akaun bank yang dikawal oleh Chia. Musa Aman menafikan perkara ini dalam kenyataan bertulisnya bertarikh 12 April, 2012.

Kenyataan bertulis itu berbunyi: “Saya menafikan segala tuduhan. Sekali lagi saya ingin menyatakan bahawa saya tidak mempunyai sebarang urusan perniagaan dalam apa bentuk pun jua, dengan seorang individu bernama Michael Chia.”

Penafian Musa Aman bagaimanapun, bercanggah dengan kenyataan-kenyataan bank yang dikeluarkan di Mahkamah Tinggi Singapura dalam kes saman (No Saman 752, 2010/N) pada Jun yang diketengahkan oleh bekas kenalan Chia dan kini mereka berbalah tentang wang.

Bagi mempertahankan dirinya dalam pertikaian tersebut, UBS AG mengeluarkan kenyataan-kenyataan bank yang secara jelas menunjukkan anak-anak Musa, Mohammad Hayssam Musa dan Hazem Mubarak Musa adalah penerima wang yang berterusan yang dimasukkan dari akaun syarikat-syarikat yang didakwa Chia berada di bawah kawalannya.

Syarikat-syarikat ini yang berdaftar di British Virginia mempunyai sejumlah wang tunai yang besar, kerap kali mengalir ke dalam akaun- akaunnya dan ini sudah jelas menjadi alat untuk menyeludup wang.

Makanya kedua-dua UBS AG dan Michael Chia, dalam usaha mereka untuk mempertahankan diri, terpaksa mengeluarkan bukti-bukti ini dalam mahkamah.

Ini menunjukkan bahawa Musa Aman telah melakukan pembohongan bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Michael Chia.

Lebih dari itu, dokumen bank ini sama dengan dokumen dalam simpanan Sarawak Report (termasuk carta aliran wang yang disebutkan di atas) yang seringkali timbul dalam pendedahannya terhadap kegiatan Musa Aman sebagai tauke balak yang licik di Sabah.

Menurut Sarawak Report, yang menarik ialah laporan-laporan rahsia ini bocor bukan sahaja dari ICAC, tetapi juga dari SPRM.

SPRM turut menjalankan siasatan yang serentak dalam skandal rasuah balak di Sabah, berikutan tertangkapnya Michael Chia di Hong Kong pada 14 Ogos 2008 kerana menyeludup dan memindah wang secara haram.

Melihat kepada sikap membisu SPRM yang begitu lama dan tanpa mengambil sebarang tindakan walaupun mempunyai bukti yang banyak maka tidak sukar untuk kita memahami bahawa SPRM mempunyai batasannya untuk beroperasi.

Umno terperangkap

Sikap Najib yang tidak mahu mendedahkan sumber maklumat tentang skandal RM40 juta duit untuk Umno Sabah ini tidak membantu meringankan keseriusan skandal ini.

Ketika disoal dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tertinggi Barisan Nasional pada 12 Oktober lalu, beliau malah cuba untuk mengambil mudah masalah ini dengan berkata:

“Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sumbangan politik selagi ianya dilakukan dengan cara yang betul.” Beliau menambah, jumlah sumbangan itu tidak relevan, sambil mengulang ungkapan, “selagi ianya dilakukan dengan cara yang betul.”

Agak memeranjatkan untuk memikirkan bahawa Perdana Menteri boleh menyifatkan sumbangan seumpama ini sebagai “cara yang betul.”

Mari kita mengingatkan Najib bahawa perbuatan menyeludup dan memindah wang secara haram adalah satu kesalahan yang serius di mana Michael Chia sepatutnya didakwa, dihukum dan dipenjara serta wang tunai itu dirampas; jika kerajaan Malaysia enggan menghulurkan kerjasama dengan pihak berkuasa Hong Kong.

Dan yang lebih bersalah ialah Umno sendiri kerana Michael Chia hanya ‘budak suruhan’ Umno, bertugas sebagai pembawa atau posman.

Dalam sebuah negara demokrasi, pihak penguatkuasa undang-undang akan segera bertindak berikutan pengakuan Najib itu. Tetapi sudah pasti, dalam Boleh Land, ini merupakan perkara biasa, tidak perlu bising-bising.

Skandal terbaru ini hanya satu dari banyak lagi skandal yang timbul sejak akhir-akhir ini walaupun kita diambang menghadapi pilihan raya umum.  Ini membuktikan bahawa transformasi Najib yang ingin beliau laksanakan hanya merupakan satu ilusi dan bukan realiti.

Berhubung dengan visinya untuk “demokrasi terbaik” dan status “negara maju” pada masa depan, tidakkah masih jauh untuk digapai?

69 ulasan:

Star berkata...

Isu ini sudah diselesaikan

Star berkata...

As icing on the cake, the Sabah government under Musa was cited by the Auditor-General's Report as the state with best financial footing and best financial management for 12 years running.

Star berkata...

In so far as political funding is concerned, while there is no specific law preventing funding of political parties by well-wishers and supporters, the MACC has made it clear to all political parties that the monies received as donations by must be recorded, made known to the leadership of the party and accounted for when audited by the authorities, including by MACC. And Umno Sabah did exactly that.

Tanpa Nama berkata...

Pembangunan yang dikecapi Sabah seiring dengan negeri lain di negara ini adalah hasil hubungan baik dengan kerajaan Persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

pencapaian yang diperolehi menerusi pelaksanaan pelbagai rancangan dan dasar itu diharap dapat membantu mengurangkan jurang pembangunan antara Sabah dan negeri lain di Malaysia

Star berkata...

I have listened countless of times in Parliament when the opposition praised Hong Kong's ICAC as the best graft-buster in the world. They even demanded that MACC emulates ICAC's methodology in conducting anti-corruption investigations. Unfortunately, when the very same ICAC vindicated Musa, the opposition shamelessly called the decision "doubtful" and "highly irregular". Such audacity

Tanpa Nama berkata...

kerajaan Persekutuan menerusi kepimpinan dinamik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengemukakan pelbagai inisiatif mengurangkan beban rakyat. termasuklah melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan Klinik Rakyat 1Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Musa sentiasa mengingatkan perkhidmatan awam negeri agar memberikan yang terbaik dalam memastikan semua projek dan program dirancang untuk Sabah boleh dilaksanakan tanpa kelewatan atau halangan birokrasi supaya memberi manfaat kepada rakyat.

Tanpa Nama berkata...

beberapa perkembangan menarik telah berlaku di Sabah dan walaupun terdapat ketidaktentuan dalam landskap politik sejak dua dekad lepas, Sabah pada masa ini mempunyai wakil yang kukuh dalam Kabinet Persekutuan.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia kini berkembang sebagai sebuah negara bangsa dengan pelaksanaan pelbagai program transformasi merangkumi aspek ekonomi yang membantu meningkatkan taraf hidup rakyat

Tanpa Nama berkata...

menerusi kemajuan yang dibawa untuk rakyat tanpa mengira latar belakang dan lokasi geografi, ia membolehkan mereka turut sama terlibat dalam proses pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan Rakyat (PR) harus menyemak sendiri dengan agensi anti rasuah Hong Kong untuk mendapatkan kepastian tentang kes tersebut jika tak puas hati.

Star berkata...

Let's face it. All political parties, including the opposition, receive donations and contributions from their supporters. Otherwise how would they carry their vast organisation and nationwide activities, which need to be sustained throughout the five-year gap between elections?

Tanpa Nama berkata...

bukan menjadi satu kesalahan apabila parti politik juga menerima sumber dana luar.

Tanpa Nama berkata...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menyiasat kes tersebut. Siasatan hnya dilakukan ICAC

Tanpa Nama berkata...

Musa dah nafikan semua dakwaan ini. dia tegaskan sekali lagi bahawa dia tiada sebarang urusan perniagaan apa pun dengan individu bernama Michael Chia.

Tanpa Nama berkata...

terdapat pihak di luar sana yang akan terus mengitar semula tuduhan-tuduhan seperti ini lebih2 lagi apabila pilihan raya semakin dekat.

Tanpa Nama berkata...

Musa menambah bersedia memberikan kerjasama penuh dengan pihak berkuasa jika perlu namun menegaskan pada masa sama mahu memberikan fokus kepada negeri pimpinannya

Tanpa Nama berkata...

telah diputuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu.

Star berkata...

It is not illegal for any Malaysian to give money to a political party of his or her choice — or to anybody for that matter. Should the donor wish to remain under the cloak of anonymity, the request should be respected as long as the donation stays within the confines of the law.

Star berkata...

For instance, take the spanking new multi-million ringgit DAP headquarters in Penang, which the DAP decided to acquire within two years after assuming office in Penang. The Penang DAP headquarters building is reported to have cost about RM3.5 million. According to the Penang DAP chairman, the money was collected through donations. Apparently millions have been collected to date.- malaysiatoday

Star berkata...

When I asked a senior DAP leader on Twitter who financed the building, he replied in no uncertain terms that the millions collected were from the DAP’s well-wishers and loyal supporters. It is interesting to note that when individuals give money to the DAP, it is called “sincere donation” but when the same treatment is accorded to Umno, the opposition cries “Foul!” and accuses Umno of cronyism, corruption and abuse of power.

Tanpa Nama berkata...

Agenda pembangunan negara untuk memberi manfaat lebih besar kepada rakyat oleh Barisan Nasional (BN) adalah lebih baik dan unggul daripada apa yang dikemukakan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak .

Tanpa Nama berkata...

Perdana Menteri berkata pembangkang yang tidak mempunyai pengalaman dan trek rekod, turut gagal membuktikan pakatan mereka lebih utuh dan kukuh daripada BN yang telah diuji sejak 50 tahun.

Tanpa Nama berkata...

Najib berkata pembangkang menghasut supaya rakyat membenci kerajaan namun demokrasi bukan berkisar soal kebencian sebaliknya demokrasi adalah mengenai agenda siapa lebih baik dan ia memberi keyakinan kepada BN untuk meneruskan matlamat membangunkan negara serta rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Tiada halangan mahupun menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pihak termasuk pembangkang menerima sumbangan dan wang bagi kegiatan politik. Kenapa pembangkang sengaja mahu putar belit fakta?

Tanpa Nama berkata...

Perdana Menteri menegaskan, pembangkang tidak ubah seperti penjual ubat yang hanya mahukan orang membeli ubat akibat terpengaruh dengan kepetahan bercakap tetapi Barisan Nasional (BN) sebaliknya berkhidmat dengan ikhlas semata-mata untuk rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Pakatan sudah kantoi tidak dapat uruskan kewangan negeri dengan baik!

Unknown berkata...

Musa Aman digambarkan sebagai “melakukan kerja yang besar” dan “bekerja keras” bagi negeri Sabah kata rakan-rakannya dari kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) walaupun sekarang ini isu RM40 juta yang melibatkan namanya menjadi isu hangat.

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya, tidak ada yang lebih zalim dari merampas tanah rakyat miskin. Dan inilah yang dilakukan oleh kerajaan PR Selangor yang kononnya berjuang untuk rakyat di mana Menteri Besarnya begitu tega ingin merampas tanah yang dimiliki oleh syarikat Permodalan YBK (PYBK), iaitu anak syarikat Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang seluas 1,625 ekar di Serendah, Hulu Selangor. Seluas 218 ekar daripada tanah tersebut telah dicadangkan sebagai tapak Projek UiTM.


Alasan Kerajaan PR Selangor untuk merampas tanah milik syarikat tersebut ialah kerana kononnya telah tidak membayar cukai tanah.

Unknown berkata...

Umno Sabah boleh menerima sumbangan politik walaupun mereka tidak menghubungkannya kepada Musa yang telah dibersihkan daripada dakwaan rasuah dan pemindahan wang haram lebih S$16 juta (RM40 juta.

Unknown berkata...

Tidak ada kebenaran kepada dakwaan yang dibuat oleh pembangkang kepada KM. Mereka telah mempunyai masa yang menyeronokkan mengejek KM, menuduhnya.

Unknown berkata...

SPRM telah membersihkan Musa selepas mendapati RM40 juta itu bertujuan untuk Umno Sabah dan bukan kegunaan peribadi ketua menteri seperti yang dituduh.

Unknown berkata...

Jabatan Peguam Negara telah memutuskan untuk menggugurkan perkara tersebut selepas mendapati tiada unsur rasuah dalam kes itu.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan PKR Selangor beriya-iya menamatkan khidmat Alam Flora dan sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menamatkan khidmat Syabas selaku pembekal air di Selangor. Semuanya untuk diberikan kepada syarikat kroni-kroni mereka.

Unknown berkata...

Serahkan kepada rakyat Sabah kerana kita semua tahu sesiapa melakukan pekerjaan besar, ramai orang akan mengkritik.

Unknown berkata...

Bajet negeri “adalah lebih besar daripada Selangor dan Pulau Pinang jika digabungkan” dan tahap rizab tunai Sabah adalah “tertinggi yang pernah berlaku.”

Tanpa Nama berkata...

Anak syarikat kepada Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) mengambil pinjaman AS$40 juta (RM134 juta) tanpa kelulusan lembaga pengarah untuk projek pembalakan dan pembangunan yang kemudiannya bermasalah. Tapi pembangkang senyap saja?!

Tanpa Nama berkata...

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, pinjaman itu dibuat pengarah urusan dan pengurus besar oleh Kedah Corporation Bhd (KCB) untuk projek di Papua New Guinea.

Unknown berkata...

Sabah mempunyai RM4 bilion dalam tabung, lebih daripada negeri Pakatan Rakyat (PR) - Pulau Pinang dan Selangor.

Lebih baik lihat sumbangan dan usaha positif kerajaan berbanding melihat dari sudut negatif saja.

zam berkata...

siasatan menunjukkan Musa tidak bersalah.

zam berkata...

dalam politik, pasti ada saja isu yang berlaku, tapi kalau sudah tiada bukti, tidak perlulah mainkan lagi isu ini.

zam berkata...

yang penting, semua pihak haruslah memberikan perhatian untuk memenuhi tanggungjawab mereka kepada rakyat.

thinaj berkata...

iCAC has cleared musa's name from the allegation .

thinaj berkata...

opposition who are not satisfied with ICAC investigation may ask them directly. Theres no need to waste time writing articles or even debating.

thinaj berkata...

The people are not easily being influenced by the government. they are able to evaluate this matter by themselves.

thinaj berkata...

Under musa aman, sabah has developed tremendously. Never before a cm in sabah is able to change sabah in such a short time.

thinaj berkata...

People should be advised to wait for GE to vote. No point arguing about this matter. Better for opposition to focus on the people's issue.

thinaj berkata...

The opposition will not stop to confuse the people till the election comes.

Hinamori berkata...

apa pula yang calar, sudah terbukti Musa Aman tidak bersalah

Hinamori berkata...

Kepimpinan Musa Aman di Sabah memberi keyakinan kepada PM Najib untuk terus membantu Sabah dan pembangunan dan kemajuan

Unknown berkata...

CM Musa Aman tidak bohong, rakyat sabah percaya CM adalah pemimpin yang jujur.

Unknown berkata...

Kes RM40 Million aksyik dikitar semula, semakin teruk kes ni disebar, sila hentikan tuduhan ke atas Musa Aman.

Unknown berkata...

Segala masalah adalah tidak berkaitan dengan Musa Aman, kes ni sudah diselesai.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Pemimpin-pemimpin pembangkang sibuk mempertikaikan hasil siasatan SPRM dan ICAC berkenaan dengan skandal penggubahan wang haram Hong Kong yang sudahpun selesai. Ada yang mempersoalkan kredibiliti SPRM, ada yang membuat laporan polis, ada yang mahu berdebat,,, pendek kata dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya hendak dipertikaikan.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Namun saya ucapkan syabas kepada pemimpin-pemimpin BN kerana mampu menjawab persoalan-persoalan pembangkang dengan jujur, telus dan profesional tanpa perlu menengking wartawan dan tanpa perlu menganjurkan demonstrasi sebagaimana yang kerap dilakukan oleh Anwar Ibrahim bila beliau tidak mampu menjawab soalan wartawan.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

sudah berkali2 dijelaskan bahawa skandal penggubahan wang haram Hong Kong ini sudah selesai. Kedua-dua badan pencegahan rasuah iaitu SPRM dan ICAC sudah menjalankan siasatan mereka secara terperinci berdasarkan prosedur-prosedur siasatan yang lazimnya diguna pakai oleh kedua-dua badan ini untuk menyiasat mana-mana kes berkaitan dengan rasuah. Jika pembangkang mengatakan bahawa ICAC tidak terlibat dengan siasatan dan hanya bergantung kepada siasatan di pihak SPRM, bagaimana pegawai-pegawainya boleh sampai ke Sabah bagi menyiasat Micheal Chia dan Richard Barnes?

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Pendek kata, kes ini sudah selesai. Tidak seperti isu kemewahan yang dinikmati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang mana sehingga kini masih banyak persoalan-persoalan yang belum terjawab. Untuk pengetahuan umum, Jet peribadi yang dinaiki oleh Anwar dan konco-konconya lebih tinggi nilainya berbanding dengan sumbangan politik umno Sabah, iaitu USD39 juta.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Belum pun memerintah, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah mempamerkan cara hidup mewah mengatasi kedudukan mereka sebagai pembangkang di negara ini, lengkap dengan bas dan jet mewah untuk ke mana-mana. Apatah lagi dengan Anwar sendiri memiliki tidak kurang dari tujuh orang pengawal keselamatan yang mengiringinya pada satu-satu masa.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Senario kemewahan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat semakin jelas di mata rakyat jelata sejurus selepas melihat gambar Anwar dan pemimpin PR lain yang dimuat naik oleh Tian Chua di laman sosialnya. Kelihatan mereka semua tersengih-sengih bangga dan teruja sekali menaiki jet mewah untuk ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena menyambut Hari Malaysia.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Ketika diasak dengan pelbagai persoalan, Anwar, Tian Chua dan Nurul Izzah masing-masing memberikan jawapan yang berbeza. Kata Anwar, jet tersebut adalah ditaja oleh ‘kenalannya’. Sementara Nurul Izzah pula berkata ia dipinjamkan, tetapi Tian Chua pula dengan otak separuh bingai terlebih dahulu menyatakan yang ianya disewa. Namun kenyataan Tian Chua lebih tepat apabila Datuk Mohd Taufik Omar, Pengerusi Tjets Sdn bhd mengakui bahawa syarikat beliau telah menyewakan jet Dassault Falcon 900 yang bernombor N990BB itu kepada Anwar, dengan kos yang dirahsiakan.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Kos menyewa jet mewah tentunya mahal. Walaupun si otak bingai Tian Chua cuba memperkecilkan jumlahnya dengan menyatakan ianya ‘murah’ tetapi ia tidak membawa makna bagi rakyat selagi butiran terperinci seperti invois, resit dan juga sumber kewangan yang digunakan untuk membayarnya tidak dibentangkan.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Samalah seperti situasi yang cuba disensasikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat hari ini. Mereka pertikaikan kenyataan Nazri yang bertentangan dengan kenyataan awal beliau, sedangkan mereka sendiri memberikan jawapan yang berbeza berhubung dengan isu Jet mewah ini. Tidak cukup dengan itu, mereka minta pula sumber kewangan (dana politik RM40 juta) itu didedahkan, sedangkan mereka sendiri merahsiakan butiran terperinci berkenaan dengan jet peribadi mereka.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Jika wang sewaan dikeluarkan dari poket Anwar sendiri, maka Anwar perlu menjelaskan dari mana datangnya wang yang begitu banyak sedangkan beliau hanya bergaji seringgit. Jika dari poket kerajaan negeri Selangor, maka Khalid Ibrahim perlu menjelaskan kenapa wang rakyat Selangor digunakan untuk kepentingan parti politik PKR. Dan Jika ianya ditaja, iaitu dibayar oleh pihak lain seperti kata Anwar, maka Anwar bertanggungjawab kepada rakyat untuk mendedahkan penajanya sebagaimana pemimpin-pemimpin Pakatan mendesak pemimpin-pemimpin BN untuk mendedahkan penaja sumbangan politik RM40 juta ini.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Dr. Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat yang turut berada dalam jet berkenaan juga wajib menjelaskan kepada penyokong PAS dan rakyat sekalian tentang sumber penajaan jet tersebut. Sudah tentu rakyat juga ingin tahu dan ingin pastikan yang ianya bukan diambil dari Soros atau derma ikhlas yang disumbangkan oleh penyokong-penyokong PAS yang terpedaya dengan ungkapan pemimpin-pemimpin PR kononnya parti mereka miskin dan tidak ada sumber dana. Begitu juga jika ianya dipinjamkan, dedahkan siapakah yang begitu baik hati, pemurah lagi kaya raya untuk meminjamkan sebuah jet mewah kepada Anwar.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

kenapa begitu sukar bagi pemimpin-pemimpin PR untuk menangani persoalan mudah mengenai jet ini ketika mereka bersungguh-sungguh cuba memperlihatkan ketelusan pimpinan mereka dengan mempolitikkan hasil siasatan ICAC dan SPRM.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Jika pinjaman atau tajaan atau sewaan jet berkenaan adalah mengikut prosedur dengan sumber kewangan yang sah dan halal, kenapa PR begitu sukar untuk bersikap telus? Apakah yang ingin mereka sembunyikan sehingga begitu gelabah dalam memberikan jawapan kepada umum?

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Dan kenapa penyokong-penyokong PR tidak mempersoalkan perkara ini secara TERPERINCI? Apakah ketelusan hanya perlu di pihak BN, tetapi tidak dipihak PR? Jika pemimpin BN menerima dana dari pihak yang perihatin tehadap perjuangan BN, bukan main lagi dikutuk mereka, macam-macam persoalan dan pertikaian ditimbulkan, tetapi apabila pemimpin PR bermewah dengan sumber yang jelas haram atau diragui, tidak pula menjadi masalah kepada mereka.

Mumbai berkata...

Skandal Jet calar visi Anwar, skandal bas calar visi Anwar juga

RM40 million VS USD39 million

Seharusnya, penyokong-penyokong PR bangkit bersama dengan seluruh rakyat Malaysia menuntut PR menjelaskan isu jet peribadi ini dengan terperinci lengkap dengan dokumen-dokumen bukti bagi menepati perjuangan mereka menuntut kerajaan yang bersih, telus, adil dan berintegriti.