SHAH ALAM: Kenyataan Ketua Pemuda Parti Gerakan, Tan Keng Liang yang menyatakan arahan Kerajaan Negeri Kedah tidak membenarkan foto lelaki berseluar pendek untuk mengelakkan golongan lelaki PAS teransang merupakan satu kenyataan biadap dan menghina agama Islam.
Dua kenyataan dalam tweet Keng Liang yang dianggap melampau dan mempersenda hukum agama Islam itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) untuk melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model berpakaian sopan.
Demikian menurut Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Badrul Hisham yang juga merupakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan juga menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas Keng Liang.
“SAMM akan membuat laporan polis ke di seluruh negara berkenaan perkara melampau ini dan Tan Keng Liang perlu di tahan, telefonnya perlu dirampas dan dia perlu dihukum.
“Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain.
“Saya pernah ditahan dan telefon saya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu,” ujar beliau.
Terdahulu, satu kenyataan menerusi akaun laman sosial Twitter milik Keng Liang menyebut “Now, PAS govt male model appearing in billboard to wear decently & not to wear short. Why? afraid ‘jambus’ in PAS get arroused?”
Keng Liang turut menyambung dalam tweet berikutnya “imagine what will happen if PAS seize Putra Jaya… All Malaysian atheletes, including non Muslim musat wear long pants & shirt with sleeves.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan