Selasa, 2 Oktober 2012

Rakyat Bachok Tidak Perlu Harapkan Awang Adek Untuk Dapat Hospital

MSO

Mungkin impian rakyat Bachok untuk mendapat hospital besar di daerah itu tidak akan tercapai sekiranya falsafah politik ala-ala Awang Adek Husein dilakukan. Kenapa tidak, dalam prinsip politik Awang Adek hospital itu tidak akan dibina selagi UBN tidak menang. Walaupun projek berkenaan sudah pun diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9, tetapi kerana UBN tidak menang menyebabkan peruntukan hospital itu dibawa lari ke tempat lain.


Keratan akhbar jawaban Awang Adek, beredar di internet.
Hakikat ini bukan rekaan tetapi diakui sendiri oleh Awang Adek dalam jawabannya ruangan forum di sebuah akhbar. Orang Bachok khasnya boleh menilai sejauh mana cerdik dan bodohnya politik Awang Adek. Politik menghukum, mendera yang diamalkan oleh bekas PM yang berkawan dengan syiatan menjadi ikut dan dan amalan Awang Adek Hussein.

Politik mendera seperti itu tidak akan membawa kebaikan dan keuntungan kepada rakyat. Politik seperti itu menyebabkan Awang Adek tidak layak menjadi pemimpin. Khabarnya orang Umno juga tidak setuju dengan politik kebudak-budakan Awang Adek itu. Mungkin sebab itu sebahagian besar ahlijawatankuasa Umno bahagian menentang Awang Adek.

Ertinya kalau itulah amalan beliau ini bermakna rakyat Bachok akan kompunan untuk mendapat hospital kandati 1,000 tahun lagi. Ini kerana Awang Adek tidak akan menang di Bachok hatta lima kali pilihan raya lagi. Beliau telah ditolak macam beruk menendang kepala kotel dengan kaki di Bachok.

Belum pernah berlaku di Kelantan ada calon Umno yang kalah di dua kerusi sekaligus. Nik Aziz pernah bertanding dua kerusi pada tahun 1986, beliau kalah di Bachok tetapi menang di Chempaka. Mustapa Mohamed pernah bertanding dua kerusi di Jeli, parlimen Jeli dan Air Lanas, beliau menang kedua-duanya.

Kemenangan Mustapa di kedua buah kerusi itu mudah untuk dihisabkan sebaba beliau tidak praktik politik dera seperti Awang Adek. Mustapa laksana apa saja projek di kawasannya tidak kira kawasan itu kuat Pas atau tidak. Saya rasa kalaulah orang Umno menerima Mustapa 10 tahun dulu kini Bachok sudah menjadi bandar kedua terbesar selepas Kota Bharu. Perbezaan pegangan dan amalan politik Mustapa dan Awang Adek hampir sama.

Kalau diperhatinkan, stail politik Awang Adek sama dengan stail politik Annuar Musa. Annuar juga mengambil pendekatan sama menghukum rakyat Kelantan kerana tidak memberi kemenangan kepada Umno. Khabarnya kenapa projek perlebaran lapangan terbang Pengkalan Chepa dihalang oleh Annuar Musa.

Pendeknya selagi Awang Adek tidak ralat stail politiknya taburlah wang dan janji sebanyak mana dia akan tewas di parlimen Bachok. Dan bagi rakyat Bachok pula tidak akan bersedia untuk mengundi timbalan menteri kewangan itu selagi bangunan hospital Bachok tidak dibangunkan.

Kesimpulannya kalau rakyat Bachok ingin hospital pilih seorang tokoh yang mesra rakyat dan juga ada kepakaran dalam pembangunan. Rakyat Bachok boleh mula merisik siapakah orang yang patut mereka pilih bakal menjadi wakil mereka nanti. Hanya seseorang yang arif mengenai pembangunan, pakar dalam perancangan bandar saja yang boleh diharap untuk membawa idea pembangunan seperti hospital itu.

Tiada ulasan: