Jumaat, 19 Oktober 2012

Muslihat Najib Altantuya Ke Lumut Terbongkar?



Kedatangan Perdana Menteri Najib Altantuya ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut hari ini rupanya bukan setakat lawatan biasa tetapi rupanya ada udang di sebalik megi! Selain memuji kununnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai institusi yang begitu penting dan perlu terus dipertahan serta diperkuat dalam semua dimensi dan aspek, kedatangannya adalah untuk memastikan undi tentera tidak terlepas ke tangan Pakatan Rakyat!

Walaupun menteri besar haram Perak, Zambry Kadir bukanlah calon pilihan Najib Altantuya semasa rampasan kuasa di negeri itu pada 4 Februari 2009, tetapi jika sudah terdesak, yang lawan akan menjadi sahabat untuk berpaut di dahan yang rapuh.

Turut hadir selain Zambry adalah menteri pertahanan Zahid Hamidi yang juga difahamkan goyah di parlimennya sendiri di Bagan Datoh serta ahli parlimen Lumut yang juga menteri pengangkutan, Kong Cho Ha yang menang tipis dengan majoriti hanya 174 undi pada pilihanraya umum lalu.

Semua orang mengetahui bahawa TLDM kini diletakkan sebagai 'kem panas' berikutan salah seorang bekas panglimanya telah menyertai Pakatan Rakyat.

Dan ini menyebabkan undi anggota tentera laut kini seolah-olah terpisah dua apabila semakin ramai anggota tentera di kem tentera laut terbesar di negara itu menunjukkan simpati kepada Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Selain isu perumahan anggota tentera yang seakan tidak pernah selesai, kebajikan anggota tentera lain-lain pangkat seolah diabaikan Kementerian Pertahanan apabila tiada satu pun langkah konkrit dilakukan untuk menyelesaikan masalah sejak lebih 30 tahun itu.

Maka ura-ura bahawa Pakatan Rakyat akan meletakkan calon dari kalangan bekas anggota tentera bagi menentang Zambry di DUN Pangkor tambah meresahkan menteri besar yang dilantik mahkamah itu.

Kebimbangan Zambry ada asasnya apabila sebelum kedatangan Najib Altantuya, telah banyak program bermotifkan politik dan memancing undi dilakukan yang menyebabkan sedikit ketidak selesaan di kalangan anggota tentera yang dianggap berkecuali dari fahaman politik.

Persoalannya, mampukah kehadiran Najib Altantuya menyelamatkan Zambry dari ambang kekalahan atau adakah ini satu petanda besar bahawa Barisan Nasional (BN) kini terdesak mengekspliotasi anggota tentera untuk memenangi pilihanraya umum?

Jelas kini, Zambry mahupun Najib Altantuya sudah merasai bibit-bibit kekalahan hingga terpaksa mengerah seluruh anggota perkhidmatan awam termasuk anggota tentera supaya hadir ke majlis politik walaupun berselindung di sebalik nama Jamuan Rakyat 1Malaysia.

Harapnya kini anggota tentera kian sedar dari lamunan panjang dan berani mengubah corak geopolitik negara kerana tentera adalah benteng pertahanan negara yang tidak sepatutnya dicampur adukkan dengan manipulasi politik sempit BN! -JALAN PULANG

Tiada ulasan: