Isnin, 22 Oktober 2012

Chong Wei juara Terbuka Denmark

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei
 
JAGUH badminton negara,  Datuk Lee Chong Wei mempamerkan aksi mantap apabilla berjaya meraih gelaran Terbuka Denmark 2012 selepas menewaskan pencabar dari China, Du Pengyu dalam perlawanan akhir di Odense, malam tadi.

Dalam perlawanan yang berlarutan hampir sejam itu, Du Pengyu yang menggabungkan pukulan cantik, 'smash' yang tajam dan kekuatan mental berjaya mengawal rentak pergerakan Chong Wei untuk memenangi set pertama 21-15.

Chong Wei bagaimanapun bangkit untuk menguasai set kedua dengan 21-12 sebelum menyekat ketangkasan pemain pilihan ketujuh itu dengan 21-19 bagi
membawa pulang wang tunai AS$30,000 (RM91,500).

Sementara itu, nasib berbeza dialami oleh beregu lelaki negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong apabila mereka terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara selepas tewas kepada pasangan Korea Selatan, Shin Baek Choel/Yoo Yeon Seong 21-19, 11-21, 19-21.

Berikut keputusan penuh kejohanan badmintan Terbuka Denmark 2012:

Beregu campuran

Chen Xu/Jin Ma (China) mln Tontowi Ahmad/Lilyana Natsir (Indonesia) 23-21, 24-26, 21-11

Beregu lelaki  

Shin Baek Choe/Yoo Yeon Seong (Korea) mln Koo Kien Keat/Tan Boon Heong (Malaysia) 19-21, 21-11, 21-19  

Perseorangan wanita

Saina Nehwal (India) mln Juliane Schenk (Jerman) 21-17, 21-8  

Beregu wanita

Jin Ma/Jinhua Tang (China) mln Misaki Matsutomo/Ayaka Takahashi (Jepun) 21-8, 21-12

Perseorangan lelaki  

Lee Chong Wei (Malaysia) mln Du Pengyu (China) 15-21, 21-12, 21-19

Tiada ulasan: