MSO
Saya baru mendapat panggilan telefon dari seorang rakan di Melaka. Dia
mengakui hadir pada majlis kenduri Ketua Menteri Mohd Ali Rustam.
Menurutnya majlis itu tidaklah sebesar mana yang dihebuhkan. Sesuai
dengan kedudukan dia sebagai KM. Dikira okeylah...
Tetapi katanya kenapa kenduri itu menjadi isu dan hebohkan kerana ia ada
agenda lain. Waktu ini katanya orang marah kepada ketua angakatan muda
Keadilan, Shamsul Md Akin kerana mempesarkan isu kenduri itu. Katanya
apa dolakukan dilakukan Shamsul itu hanya sebahagian saja tetapi ada
lagi perkara yang orang tidak tahu.
Beliau yang mengakui pernah menjadi ahli jawatankuasa sebuah bahagian
mengatakan orang Umno sendiri suka kalau isu kenduri itu disebar
luaskan. Bahankan idea agar kenduri itu dibawa ke SPRM dan Ali disiasat
merupakan idea orang Umno sendiri. Kata kawan itu ada orang Umno mahu
mengkhianati Ali.
Orang Umno mahu menyusahkan Ali. Katanya ada orang yang mengidamkan
tempat Ali. Jadi untuk mencapai tujuannya biarlah Ali terjelapak dengan
isu berkenaan. Soal SPRM, belanja melibatkan wangn lebih setengah juta,
berita itu mahu menarik perhatian Najib Razak. Mereka mahu presiden
parti tahu mengenai keburukan Ali. Bila Najib tahu mudahlah untuk Najib
memberi kata dua kepada Ali kelak.
Sebelum ini pun sudah terdengar desas desus Ali Rustam bakal dipindahkan
ke pusat untuk mengosongkan kerusi menteri melaka. Ada beberapa nama
dijual untuk menduduki kerusi berkenaan. Apakah Ali akan dirihat atau
pun diberi tempat dalam kabinet masih belum pasti.
Manakala Ali juga khabarnya kurang seronok dengan desas desus itu.
Dengan kedudukan UBN kini bak nyawa di hujung pedang, beliau tidak yakin
UBN akan mengekalkan pemerintah selepas pilihan raya nanti. Bagi Ali
dia lebih senang untuk terus duduk di Melaka, kerana Melaka dikira satu
dari dua negeri yang terselamat dari dirempuh gelombang dalam pilihan
raya umum kelak.
Biarlah kisah dan kes Ali ini kita serahkan kepada Umno mengurus dan
menentukannya. Saya jamin esok atau lusa SPRM akan membuat kenyataan
bahawa tidak ada bukti ataupun maklumat untuk menyiasat Ali dikaitan
dengan rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan