MARANG - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) belum lagi memenuhi tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.
Antaranya, kata beliau akses media yang bebas dan adil, daftar pemilih yang bersih dari penipuan, penggunaan dakwat kekal pada jari, reformasi undi pos, penyalahgunaan jentera kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan berwibawa.
“Sehingga hari ini semua tuntutan ‘Bersih’ belum lagi ditunaikan. Antaranya, kebebasan media yang wajar diberi hak yang sama kepada semua parti-parti politik.
“Daftar pemilih yang bersih dengan langkah-langkah menghalang penipuan mengundi acap kali melalui celup jari pada cat.
“Undi pos dan penyalahgunaan jentera kerajaan. Pemerhati bebas dari dalam dan luar Negara.
“Kemuncaknya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang benar-benar bebas dan berwibawa, bukan lagi di bawah Jabatan Perdana Menteri. Tapi satu badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak,” jelasnya.
Ustaz Abdul Hadi berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Pacuan Sokongan Alternatif Kebajikan (Pasak) 4x4 Adventure Kembara, di Pentas Rusila, Marang, 11 November lalu.
Katanya, Pakatan Rakyat akan melihat isu tersebut serius dari masa ke semasa dan PAS sendiri turut mengkaji senario tersebut.
Malah, kata Dato’ Seri Abdul Hadi lagi PAS akan terus membuat tuntutan tersebut sama ada sebelum dan selepas pilihan raya.
“Pakatan Rakyat akan melihat dari masa ke semasa dan PAS sendiri akan mengkajinya dari masa ke semasa. Kita (PAS) akan terus membuat tuntutan dengan cara yang sewajar. Bukan sahaja dengan cara sebelum pilihan raya termasuk selepas pilihan raya,” tegasnya.
Selain itu, Presiden PAS turut mengingatkan kerajaan Barisan Nasional agar tidak mengambil jalan mudah melakukan apa sahaja yang menyalahi peraturan demokrasi.
Katanya, ‘gelombang’ perubahan rakyat tidak boleh dihalang sebagaimana yang telah berlaku di seluruh dunia hari ini.
“Barisan Nasional jangan merasa jalan mudah untuk mereka membuat apa sahaja. Mereka sepatutnya mempelajari daripada cetusan perubahan yang berlaku di seluruh dunia hari ini terhadap negara yang menyalahgunakan demokrasi.
“Gelombang perubahan tidak boleh dihalang jika berlaku dan PAS tetap mahukan supaya kepimpinan negara yang ada melakukan sesuatu yang terhormat mengikut adap-adap Islam yang sesuai dengan demokrasi barat, demokrasi yang diamalkan.
“Kita (PAS) mahu pemimpin bermaruah. Jika melakukan kesilapan bukan sahaja sanggup ditolak oleh rakyat melalui pilihan raya yang adil, termasuklah meletakkan jawatan,” ujarnya.
Hadir sama pada sidang media tersebut Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali dan Setiausaha PAS Kawasan Marang, Hasan Jusoh.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan