Selasa, 8 November 2011

Konvensyen pilihan raya Pemuda PAS 19 Nov

FREE MALAYSIA TODAY

Mereka yang terbabit dengan konvensyen pilihan raya ini ialah pengarah dan setiausaha jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS negeri dan Wilayah Persekutuan.



PETALING JAYA: Pemuda PAS akan mengadakan konvensyen pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13, kata Nasrudin Hassan.

Konvensyen sehari suntuk itu akan diadakan di di kediaman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 19 November ini yang turut merasmikannya.

Ketua Pemuda PAS itu berkata adalah wajar dan perlu bagi Dewan Pemuda PAS di semua peringkat menyediakan jentera yang mantap dan mempunyai asas kefahaman tentang gerak kerja pilihanraya berserta semangat juang yang tinggi.

“Konvensyen pilihan raya adalah salah satu medium bagi Dewan Pemuda PAS mengumpul semua pengarah-pengarah pilihanraya kawasan untuk diberikan suntikan semangat, taujihat, hala tuju dan strategi menghadapi pilihan raya umum ke 13 yang bakal dihadapi,” katanya.

Kata, Nasruddin mereka yang terbabit dengan konvensyen pilihan raya ini ialah pengarah dan setiausaha jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS negeri dan Wilayah Persekutuan.

Beliau menambah, ketua Pemuda dan Setiausaha Dewan Pemuda PAS dan pengarah pilihanraya dan setiausaha jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS kawasan hadir sama.

Katanya, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa akan turut menyampaikan ucapan di konvensyen tersebut.

Tiada ulasan: