Isnin, 7 November 2011

DAP: Pilihan PPSMI tidak memuaskan


MALAYSIA KINI

Pengumuman Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menawarkan penyelesaian jangka panjang bagi menangani kemerosotan standard bahasa Inggeris, sains dan matematik di sekolah-sekolah, kata pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

NONE"DAP mengalu-alukan pengumuman Muhyiddin berhubung PPSMI pada Jumaat lalu walaupun ia bukan merupakan satu penyelesaian memuaskan bagi jangka panjang untuk meningkatkan taraf bahasa Inggeris, matematik dan sains di kalangan pelajar-pelajar supaya Malaysia boleh bersaing dengan negara-negara lain di seluruh dunia," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur membidas Muhyiddin kerana mengamalkan dasar pendidikan yang tidak konsisten, khususnya tindakan "flip flop" atau dolak dalihnya berhubung isu PPSMI.

"Penafian Muhyiddin Yassin bahawa beliau tidak konsisten berhubung dasar kerajaan mengenai PPSMI hanya menjadikannya seorang menteri 'flip-flop’ yang menafikan bahawa dia seorang ‘flip-flop'," sindirnya.

Kata Lim, pengumuman Muhyiddin pada bulan Julai 2009 bahawa PPSMI akan dimansuhkan adalah seteruk dengan keputusan kabinet pada tahun 2002 yang secara tergesa-gesa mahu melaksanakan PPSMI untuk murid-murid darjah satu di semua sekolah-sekolah kebangsaan, Cina dan Tamil tanpa membuat sebarang persediaan ataupun apa-apa kajian.”

anti ppsmi a million post card campaignPada 3 November lalu, Muhyiddin mengumumkan bahawa keputusan untuk tidak meneruskan dasar PPSMI adalah muktamad.

Walau bagaimanapun disebabkan tekanan daripada sekumpulan ibu bapa, menteri pelajaran itu, sehari kemudian berkata bahawa pelajar-pelajar yang telah belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris akan diberi pilihan untuk meneruskan pembelajaran dalam bahasa berkenaan.

Tiada ulasan: