Isnin, 14 November 2011

Bahaya ‘ekstremis kanan’ pertahan kerajaan?

Oleh MOHAMAD SABU


SELEPAS berlakunya muafakat antara partiparti politik PAS, DAP dan KeADILan dan situasi pertandingan satu lawan satu semasa menghadapi Barisan Nasional dalam pilihan raya umumhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrZzlVSjLgmr4NOMTqxlb1c2smVum9vZDlztV2Tm0GsFVhZ4eATc4AQs8BpdQlK0F7r1m9bNfSp6jUbg_Oo-kXjfnedFMH2HEB6xbJNNT4wWGByRXmTUp1kDm7oqsaWGvddx4pUXc8Hg1s/s400/mohamad_sabu1.jpg (PRU) ke-12 pada Mac 2008, kita melihat di atas muafakat itu maka BN sudah kecundang di Semenanjung.

Undi popular diperolehi Pakatan Rakyat lebih kurang 52 peratus dan BN pula sejumlah 46 peratus, sementara dua peratus undi rosak.

Pergantungan BN untuk memerintah adalah undi di Sabah dan Sarawak. Untuk mengekalkan kuasa Umno-BN, pergantungan utama mereka sekarang ini adalah kepada empat sumber yang utama iaitu Melayu luar bandar, peneroka Felda dan Felcra, undi pos dan undi Bumiputera miskin di Sabah Sarawak. Mengapa empat sumber ini?

Penduduk bandar walaupun Melayu sudah majoriti menolak Umno-BN seperti di lembah Klang, kawasan berhampiran bandar seperti Alor Setar, Kota Bharu dan Ipoh. Oleh itu garis pertahanan Umno-BN ialah hanya kepada empat faktor ini sahaja iaitu Melayu luar bandar, peneroka Felda dan Felcra di mana ia suatu kelompok penduduk yang dikawal dan dikongkong oleh Umno-BN, undi pos yang boleh dimanipulasi serta undi Bumiputera Sabah dan Sarawak yang dalam kemiskinan yang mana bumiputera ini mudah disogokkan dengan janji pembangunan.

Saya menjangkakan berdasarkan keputusan pilihan raya lalu (2008), bandar-bandar seperti Kuching Sibu dan Miri dan selainnya tidak lagi menyokong BN. Begitu juga di Sabah.

Oleh itu, kebergantungan bumiputera di Sabah dan Sarawak yang miskin menyebabkan Umno-BN boleh eksploitasi janji pembangunan untuk mendapatkan undi golongan ini.

Oleh itu, menjelang PRU13 untuk meningkatkan undi luar bandar dan undi pos serta bekas tentera dan polis, semuanya orang Melayu; maka isu perkauman dan Raja-Raja Melayu dan agama (Islam) dimainkan isu ini terutamanya sekali di Pulau Pinang, Perak, Selangor.

Perak telah ditawan melalui rampasan kuasa 2009 sebelum itu mereka memainkan perkauman yang hebat kononnya MB Perak telah gadai tanah kepada orang Cina iaitu berikan geran kepada tapak tempat orang-orang Cina duduk sejak zaman darurat.

Kemudian di Pulau Pinang isu ini juga dimainkan iaitu dengan menuduh Ketua Menterinya, Lim Guan Eng anti-Islam cuba meminta alim ulama mendoakan nama Guan Eng menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong ketika berdoa.

Di Selangor sedemkian rupa juga dengan isu pengharaman azan, kuil Hindu dan murtad dimainkan oleh Umno-BN secara besar-besaran untuk menarik sokongan Melayu dengan mereka menyedari bahawa undi bukan Melayu sudah pasti tidak memihak kepada mereka terutamanya di kalangan kaum Cina dan India. Hanya tinggal undi Melayu sahaja.

Itupun tidak berjaya dimainkan oleh mereka dan rakyat agak kurang terpengaruh dengan isu-isu itu. Kemudian oleh kerana bekas tentera dan polis di luar bandar amat benci dengan komunis atas peranan komunis sebelum dan selepas Tanah Melayu merdeka, mereka (komunis) meneruskan tindakan komunisme terhadap kerajaan Tanah Melayu dan Malaysia hingga perdamaian pada tahun 1989 menyebabkan kebencian Melayu terhadap komunis tinggi.

Memutarbelitkan Oleh itu, Umno khasnya telah mengambil kesempatan memutarbelitkan ucapan saya terhadap sejarah kemerdekaan terutama cuba meletakkan pejuang kemerdekaan termasuklah Mat Indera dalam Sejarah Pengukir Nama Johor keluaran Warisan Johor dan ditandatangani oleh Menteri Besar Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan disemak oleh Prof Dato’ Ramlah Adam dan Prof Abu Bakar Hamid menyebabkan isu itu dimanipulasi Umno besarbesaran untuk tarik sokongan orang Melayu bekas polis tentera dan Melayu luar bandar kepada Umno-BN.

Isu inipun kurang memberi kesan menarik orang Melayu menyokong Umno. Mereka kini cuba memainkan pula isu Raja-raja Melayu dengan isu kadar jenayah yang tinggi yang disebut Guan Eng dalam majlis sembang-sembang di Singapura bukan rasmi diputarbelit hingga menyebabkan Sultan Johor terguris.

Ini perbuatan untuk menimbulkan rasa kononnya pemimpin Pakatan Rakyat tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Begitu juga isu terhadap yang dihadapi Prof Abdul Aziz Bari seorang pakar undang-undang khususnya perlembagaan dan memang ahli akademik mengiktiraf Aziz ini memiliki keupayaan dan pakar dalam hal perlembagaan.

Pandangan Sultan Selangor dan mana-mana sultan yang membuat pandangan boleh diolah dan diberi pandangan oleh pihak lain tetapi perkara ini diambil kesempatan oleh Umno- BN sehingga berlakunya tindakan penggantungan ke atas Azizi Bari dan penentangan daripada pelajar yang adakan himpunan aman bantah kerajaan gantung Aziz Bari dan kemudian ditarik balik.

Apa yang saya mahu tekankan dalam penulisan saya kali ini ialah bukan soal pertarungan memberikan hujah, pertarungan menghujahkan minda tetapi mungkinnya tindakan di luar garisan demokrasi seolah-olah direstu oleh kerajaan. Ini amat berbahaya berlaku dalam trend politik Malaysia sekarang ini.

Misalnya perbezaan pendapat yang diputar belit Utusan Malaysia terhadap sejarah kemerdekaan Tanah Melayu hingga saya dapat ancaman daripada pelbagai pihak yang mencadangkan kerakyatan saya ditarik; ada yang mencadang saya dibuang ke Laut China Selatan; juga ada ugutan untuk melenyapkan saya daripada muka bumi Malaysia; ada juga yang mengugut saya dan keluarga untuk menyimbah asid dan kemuncaknya tindakan cubaan bakar pintu pagar rumah saya bulan lalu.

Soalnya mengapa pertarungan pertentangan fikiran dan hujah ini seolah-olah diizinkan tindakan fizikal terhadap orang yang beri pandangan berbeza? Kerajaan harus serius dalam hal ini kerana tindakan fizikal ini amat berbahaya kepada masa depan negara dan suasana politik negara jika kerap berlaku pada masa akan datang.

Begitulah juga apa yang berlaku ke atas Aziz Bari sepatutnya hujah beliau terhadap titah Sultan ini dijawab oleh pakar perlembagaan atau profesor secara hujah, dan memberi pandangan berlainan.

Namun trendnya Aziz Bari digantung khidmat (walaupun telah ditarik semula) dan lebih malang lagi hingga ada yang kririm peluru mengancam Aziz Bari dan ancam nyawanya.

Inilah trend politik di Malaysia berada dalam keadaan tidak sihat. Sekarang ini saya melihat muncul golongan ekstremis kanan. Kita nampak seolah-olah kerajaan tidak membendung kebangkitan ekstremis ini yang boleh memberi ancaman nyawa keselamatan masyarakat dan negara pada masa akan datang.

Sehubungan itu, Kementerian Dalam Negeri dan polis mesti bertindak segera supaya memainkan peranan untuk meredakan keadaan daripada ancaman fikizal ini. Biarlah digalakkan pertarungan politik atau hujah dengan hujah bukannya kekerasan.

Tiada ulasan: