KENYATAAN Tony Pua... Jika Pakatan Pembangkang memerintah, kakitangan awam akan dikurangkan separuh setiap tahun, termasuk mengambil contoh cara negera China kurangkan kakitangan awam yang berlebihan. Bagi kakitangan awam yang kurang berkesan menjalankan tugas, mereka akan ditempatkan di rumah dan diberi separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan perbelanjaan yang begitu besar untuk kakitangan awamnya.
Setiausaha Bahagian Penerangan DAP itu juga berkata, jika Pakatan Pembangkang dapat memerintah kerajaan pusat, Pakatan akan kemukakan satu projek yang dinamakan "Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam" untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.
"Pakatan Pembangkang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing...."seharusnya membuka mata pegawai-pegawai kerajaan yang selama ini angkuh mengkhianti kerajaan.,menjadi tali barut dan menjual rahsia-rahsia kerajaan kepada pembangkang dan mereka iini akan tahu untung nasib mereka sekiranya konspirasi dalaman yang sedang mereka lakukan ketika ini bakal meruntuhkan kerajaan yang sedia ada dan berganti dengan kerajaan baru.
Selama ini pegawai-pegawai kerajaan yang memegang jawatan tinggi atau rendah diterima berkerja bukan sekadar kerana mereka memiliki keputusan yang baik dalam peperiksaan tapi yang lebih penting adalah kerena mereka orang Melayu dan mendapat tempat sewajarnya dalam mana-mana sektor awam dan swasta kerana kerajaan yang ada hari ini walau dalam apa sahaja keadaan memperjuangkan nasib bangsa Melayu di Negara ini.
Kalaulah tidak diambil kira sistem merit yang sedia ada, rata-rata orang Melayu hari ini tidak berhak menghuni pejabat-pejabat kerajaan kerana bangsa lain lebih mempunyai pendidikan,pengalaman dan pengetahuan berteknolgi tinggi namun kerana dasar bangsa yang tidak menghargai bangsa sendiri,mereka memilih untuk menjadi tali barut bagi meraih upah yang tidak sebesar mana.
Mereka ini, pegawai ataupun kakitangan yang mudah kelabu mata,mudah terpedaya dengan janji-janji manis pihak yang berkepentingan menggunakan kedudukan mereka untuk menyerang kerajaan dari dalam dan dalam sejarah pentadbiran Negara,inilah pertamakalinya diberitahu terlalu ramai musang berbulu ayam,bukan sahaja di pejabat Perdana Menteri tetapi telah menular dan meresap di kesemua jabatan yang ada.
`Selama ini mereka bebas jual rahsia dan maklumat..'
Dua tiga kerat pegawai-pegawai kerajaan ataupun kakitangan yang berjiwa pengkhianat sanggup menjadi duri dalam daging,pepat diluar runcing di dalam hingga sanggup menjual maruah kerajaan serta negara demi hidup mewah mereka.Mereka ini di depan bersikap seperti seorang penyokong yang baik,kakitangan kerajaan yang telus dan ada intergriti sedangkan merekalh sebenarnya anjing suruhan yang ibela oleh pihak-pihak tertentu untuk menghidu musuh dari dalam.
Kita boleh bayangkan bagaimana seorang Pegawai Am Rendah (PAR) mampu memiliki Mercedes Benz C200,tinggal dibunglow mewah dan setiap bulan bercuti di luar Negara. Dari mana pendapatan yang mereka perolehi?Adakah dengan bersandarkan gaji semata-mata mereka boleh hidup mewah sebegini?Cuba kita tinjau pejabat-pejabat kerajaan yang tersergam indah di Putrajaya dan lihat sahaja di tempat-tempat letak kereta,jarang sekali kita lihat kereta Negara yang mereka gunakan sebaliknya kebanyakannnya semua kereta-kereta berjenama yang diimport.
Kerajaan pimpinan PM Najib pula terlalu berlembut dan keputusan menyambung had persaraan kepada umur 60 tahun juga dilihat sebagai satau tindakan yang tidak cerdik dan kerana inilah pegawai-pegawai kerajaan lain mengambil kesempatan mengaut untung atas kedudukan mereka.
Kebejatan moral pegawai-pegawai kerajaan termasuklah sebahagian besar guru-guru serta pensyarah di peringkat IPTA dan IPTS yang sepatutnya menyokong kerajaan yang memimpin mereka semakin terserlah apabila mereka tanpa segan silu menyerang kepimpinan kerajaan,mereka jadi alat untuk suarakan suara pembangkang,mereka jadi badut yang berselindung di sebalik kerja mereka sebagai pegawai kerajaan.
Segala bentuk dokumen yang sepatutnya menjadi rahsia terlepas ke tangan pembangkang.Segala bentuk kerahsian negara sudah tidak menjadi rahsia lagi lantaran kerakusan pegawai-pegawai yang tidak amanah dan menjualnya kepada pihak pembangkang. Mereka ini mencari makan dan upah walaupun mereka tahu sikap dan cara mereka itu bukan sahaja meruntuhkan kerajaan tapi boleh meletakkan negara dalam keadaan huru hara seandainya pintu masuk Negara ini dibuka luas untuk dimasuki oleh pihak asing.
Bila Tony Pua mendedahkan agenda pembangkang sekiranya mereka memerintah Negara ini yang akan mengecilkan bilangan kakitangan secara tidak langsung kakitangan kerajaan yang ada hari ini tidak selamat nasib dan masa depan mereka.Kita tidak nafikan masih ada sebahagian besar yang menyokong kerajaan tetapi bila Ketua Jabatan terlibat menjadi pengkhianat maka akan pasti anak-anak buah juga akan menuntut jejak yang sama.
Kakitangan kerajaan cuba-cubalah bermuhasabah diri.Berhentilah jadi pengkhianat Negara.Carilah hasil yang halal dan jangan sesekali menjual maklumat hanya kerana mahu hidup mewah.Ingat nasib dan masa depan genarasi kita,adakah kita sanggup berikan mereka makan untuk jadi darah daging dengan hasil yang tidak halal.Yang akan datang belum tentu sebaik yang sedia ada.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan