Ketua bahagian PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Wanita Pertama Rosmah Mansor sehingga akhir bulan ini untuk menjelaskan perbelanjaan perjalanan mereka termasuk perjalanan terbaru ke Perth, cincin bernilai AS24 juta dan hubungkait besan mereka dengan pihak Mafia. Begitu juga mengenai koleksi beg Birkin Rosmah yang dikhabarkan bernilai lebih daripada satu juta.
Jika tidak, Gerakan Belia Solidariti Anak Muda Malaysia akan terus mengedarkan risalah untuk memberitahu rakyat berkaitan hak mereka untuk mempersoalkan gaya hidup mewah yang luar biasa pasangan tersebut.
"Penyalahgunaan kuasa dapat dilihat dengan jelas dan rakyat mesti tahu hak mereka sebagai pembayar cukai untuk menuntut penjelasan yang pantas dari kerajaan persekutuan. SAMM telah melalui saluran yang betul. Kami telah membuat laporan ke atas cincin berlian AS24 juta kepada SPRM pada 13 Julai, dan kami telah membuat aduan polis mengenai penggunaan pesawat kerajaan ke Perth, tetapi seperti tiada tindakan setakat ini” kata Badrul yang juga ketua SAMM, kepada Malaysia Chronicle.
"Tindakan murahan" atau majlis rasmi
Ahli SAMM telah membuat laporan polis pada pagi Jumaat di Perlis, Pahang dan Negri Sembilan mengenai perjalanan Najib ke Perth, di mana Najib dan keluarganya dilihat telah dengan secara senyap-senyap keluar dari negara pada Hari Kemerdekaan dan menggunakan kapal terbang kerajaan untuk perjalanan itu.
Yang memburukkan lagi keadaan, Najib cuba untuk membuat seolah-olah perjalanan itu adalah untuk majlis makan malam rasmi bersama pelajar-pelajar Malaysia di sana, tetapi pengkritik mencabar beliau dengan bukti bahawa dia telah meninggalkan Malaysia pada 31 Ogos, hari Rabu, manakala makan malam 'Raya' telah diadakan pada malam Sabtu.
"Apa yang kamil lakukan adalah menyedarkan orang ramai bahawa Najib dan Rosmah telah bercuti menggunakan wang rakyat. Ini bukan perjalanan rasmi tetapi satu percutian. Adakah mereka mempunyai hak itu? Tidakkah ini salah guna kuasa? Inilah sebabnya kami mahu polis untuk membuat siasatan, bukan untuk mendapatkan publisiti tetapi memberi tekanan untuk menyiasat mereka yang perlu disiasat. "kata Badrul.
Pertunangan Kazakh
Ini bukan kali pertama Najib dan Rosmah telah dituduh memasukkan perbelanjaan peribadi mereka ke dalam bil rasmi. Mungkin yang paling jelas sebelum perjalanan ke Perth adalah rombongan besar untuk lawatan rasmi ke Kazakhstan pada bulan Jun.
Berita kemudian terbongkar bahawa anak perempuan Najib pada masa yang sama menjalin hubungan dengan keluarga Kazakh yang kaya. Najib telah dikatakan menerbangkan serombongan tetamu ke sana untuk menghadiri majlis pertunangan serentak dengan lawatan tersebut.
Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad memanggil Najib "murahan", manakala rakan-rakannya pembangkang yang lain berjanji untuk menuntut jawapan di Parlimen. Walau bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri setakat ini enggan memberi butiran terperinci perbelanjaan, terutamanya apabila ia berkenaan perjalanan solo yang dibuat oleh Rosmah ke Timur Tengah, yang disifatkan pengkritik beliau sebagai "kegiatan membeli-belah" yang kononnya menghadiri majlis rasmi.
Bagi penyokong Najib, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merupakan yang paling cepat melatah untuk membela, padahal ramai yang tahu bahawa Najib tidak suka padanya.
"Perjalanan ke Kazakh PM telah dirancang lama sebelum pertunangan anak perempuannya. Dari lawatan Presiden Nazarbayev ke Malaysia pada zaman Pak Lah lagi, "kata Khairy dalamTwitternya untuk menangkis tuduhan Dzulkefly.
Masih lagi cinci berapi dan kaitan dengan keluarga Mafia
Dalam banyak-banyak skandal dan penipuan yang dikaitkan dengan Najib dan Rosmah, yang paling menarik adalah cincin berlian kelabu ‘cushion cut’ bernilai US24 juta, menurut pangkalan data pihak Kastam Malaysia dan akhbar Indonesia Kompas.
Tiada siapa yang tahu berapa karat berlian tersebut sebenarnya tetapi ada cakap-cakap dikalangan rakyat bahawa ia adalah sebesar saiz biskut coklat cip dan kacang makademia ‘Mrs Field’! Keterlaluan atau tidak, AS24 juta pasti boleh membeli banyak berlian.
Bukan itu sahaja, Malaysia kemudiannya dikejutkan oleh berita bahawa cincin itu adalah sebahagian daripada mas kahwin anak perempuan mereka Nooryana dan hadiah peribadi kepada Rosmah dari Kazakh oleh ibu mertua anaknya, Maira Nazarbayev ( gaun putih dalam gambar). Tetapi sebelum gosip memuncak, satu lagi bom meletup - Maria didakwa ada kaitan dengan pihak Mafia Rusia.
Kisah-kisah ini mungkin kelihatan lebih layak berada dalam novel-novel ala Jackie Collins atau dikalangan orang kaya yang kerap mengunjungi Monte Carlo dengan latar belakang yang paling diragui. Kedua-dua Najib dan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud adalah pengunjung setia tempat itu, di mana wang bertukar tangan begitu pantas dan tiada soalan yang ditanya. “The Bruno Manser Fund” turut menuduh Taib sebagai salah seorang pelabur terbesar di Monte Carlo.
"Seperti yang kita telah katakan, Najib dan Rosmah haruslah berterus terang. Adakah mereka berbelanja seperti pasangan yang hidup dengan gaji seorang PM? Adakah pengundi meletakkan tangggungjawab PM di bahunya supaya dia boleh terbang sesuka hati diserata dunia? Adakah kerana dia PM, dia tidak perlu menjawab pertanyaan rakyat dan boleh melakukan apa saja yang disukainya? Jika dia berbuat demikian, maka ini adalah penyalahgunaan kuasa dan ini adalah apa yang kita hendak tunjukkan kepada rakyat. Orang ramai mempunyai hak untuk menghentikan pemimpin yang hanya tahu membelanjakan wang hasil titik peluh mereka, "kata Badrul.
Penasihat media Najib baru-baru ini mengumumkan bahawa Kompas telah memohon maaf kepada beliau di atas laporan berita mereka mengenai cincin dan kaitan Mafia Maira.Walaubagaimanapun, ini telah mengeruhkan keadaan kerana apabila disiasat dengan Kompas nampaknya mereka tidak menarik balik laporan itu tidak memohon maaf atas apa yang mereka laporkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan