Rabu, 28 September 2011

54 tahun merdeka; Islamisasi Umno gagal


Walaupun negara Malaysia sudah 54 tahun merdeka, namun proses Islamisasi gagal di bawah Umno, malahan semakin malap dan kelabu. Umno bukan sahaja gagal memahami Islam kepada MCA, MIC dan Gerakan malahan pemimpin Umno juga gagal menunjukkan penghayatan Islam yang sebenar.

Amaran yang diberikan oleh pemimpin MCA dan Gerakan untuk keluar Barisan Nasional adalah kayu ukur kegagalan Umno memahamkan rakan sejawat mereka. Jika di Pilihanraya Kecil tenang dahulu pemimpin MCA menghina Cikgu Norlamala kerana tidak mahu bersalam dengan lelaki, Umno membisu, inilah dalil Umno gagal. Ertinya pemimpin Umno sendiri memberikan sumbangan kegagalan orang bukan Islam memahami Islam dan hukumnya.

Tidak ada makna penyertaan tokoh agama di dalam Umno walaupun mempunayai kesarjanaan yang tinggi, namun gagal untuk melebarkan ajaran Islam kepada masyarakat di negara ini. Puncanya kerana ulamak di dalam Umno hanya menjadi alat untuk membaca Yasin dan tahlil setiap 11 Mei, sempena ulang tahun Umno.

Isu hudud di Kelantan terserlah lagi sikap pemimpin Umno mengenai hukum Allah SWT. Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak "Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

Sekarang rakyat sudah boleh menilai siapakah Umno sebenarnya. Kenyataan Datuk Seri Najib membolehkan generasi muda yang tidak sempat melihat gelagat Tun Dr Mahathir ketika menyerang hudud di Kelantan suatu ketika dahulu. Sekarang mereka sudah dapat membaca surat Tun Kepada Kerajaan Kelantan suatu ketika dahulu.

Media Barisan Nasional cuba mencari peluang untuk memecahkan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Tetapi pemimpin Pakatan Rakyat sudah matang dalam sepak terajang ini akan cuba mencari penyelsaian yang terbaik.

Jangan terkejut jika orang bukan Islam menerima hudud, tiba-tiba pemimpin Umno menolak hudud.

Kenyataan media Pengerusi Lujnah Tarbiah PAS, Ustaz Idris Ahmad

Tiada ulasan: