Khamis, 29 September 2011

Risalah Fitnah: "Ketua Penerangan" PKR Pahang, Razali Alias "Buat Laporan" Polis Di IPD Kuantan!

PAHANG DAILY


KUANTAN- Satu laporan polis berkaitan edaran "risalah fitnah" telah dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang semalam.

Dalam laporan tersebut Razali mahu pihak polis menyiasat siapakah dalang yang disebalik pengedaran risalah berkenaan. Difahamkan, risalah terbabit dihantar melalui pos ke rumah-rumah penduduk sekitar kawasan Beserah, Indera Mahkota dan sekitarnya sejak beberapa hari yang lalu.

"Saya sendiri turut menerima risalan berbaur hasutan berkenaan semalam",
kata Razali. Berdasarkan kepada rekod penghantaran, ia dipercayai dipos dari negeri Perak. Namu, identiti pengirimnya tidak diketahui.

"Risalah terbabit lebih ditujukan kepada parti DAP, berdasarkan kepada kenyataan DAP Anti Islam, DAP Anti Melayu, Karpal Singh Tolak Negara Islam, Lim Guan Eng Jadi Umar Abdu Aziz, Siew Hina Sultan Perak, Tony Pua Cadang Hapus Diskaun Bumiputera, Kit Siang Tuduh UMNO Dalang 13 Mei dan banyak lagi", tambah Razali.

Edaran risalah ini jelas menunjukkan bahawa
Pilihanraya Umum Ke-13 kini semakin hampir sebenarnya. Jika tidak, kenapa risalah seperti itu diedarkan kepada rakyat?.

Turut hadir dalam laporan polis tersebut ialah Zaidi Ahmad (Pengarah Pilihanraya PKR Pahang), Kamarzaman Md Yunus (Setiusaha PKR Pahang), Kamarul Hatta (SAMM Pahang) serta lain-lain.

[Edaran risalah terbabit jelas sekali berniat jahat dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Apakah benar telahan ramai pihak bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 bakal diadakan pada bulan November ini agaknya.

Jika tidak, kenapa edarah risalah yang biasanya diedarkan ketika musim pilihanraya boleh dilakukan sekarang. Tambah mengejutkan, ia bukan dari negeri Pahang sendiri tetapi dari negeri yang jauh iaitu Perak.

Dari mana mereka memperolehi alamat-alamat penduduk tempatan?. Apakah, kerja-kerja ini mendapat kerjasama dari agensi yang mempunyai maklumat peribadi rakyat seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?.

Insiden ini seolah-olah menunjukkan pihak berkenaan memfokuskan kepada kawasan kritikal atau berpeluang untuk dirampas semula oleh UMNO Barisan Nasional. Buktinya, kejadian edaran risalah terbaru ini hanya berlaku di Parlimen Indera Mahkota yang kini dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya. Inilah yang memusykilkan!].


Tiada ulasan: