MALAYSIA KINI
Seorang pegawai kanan polis menembak mati seorang pemuda yang cuba menyamunnya bersama-sama lima lelaki lain di hadapan rumahnya di Lorong Burhanuddin Helmi 6, Taman Tun Dr Ismail di Kuala Lumpur, malam semalam.
Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata kejadian berlaku kira-kira 9.45 malam ketika pegawai polis berpangkat Superitendan dari Bukit Aman itu baru pulang dari makan malam sebelum beliau diserang.
"Mangsa ketika itu baru turun dari keretanya sebelum diserang enam lelaki besenjatakan parang. Mangsa kemudian melarikan diri sambil mencampak barang berharga yang kemudiannya dikutip suspek.
"Helah mangsa menjadi, lalu mangsa mengeluarkan senjatanya dan melepaskan tiga das tembakan dan mengenai badan seorang suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Ku berkata suspek rebah dan mati di tempat kejadian dan rakannya yang terkejut terus melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan berdekatan dengan rumah mangsa.
Beliau berkata siasatan lanjut mendapati suspek yang mati berumur 19 tahun dan berasal dari Batu Caves, Selangor.
Mayatnya dihantar ke hospital berdekatan untuk bedah siasat, katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada rakan suspek yang turut cedera dalam kejadian itu.
Siasatan polis turut menemui parang yang digunakan suspek lain kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.
"Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan keterangannya telah diambil. Baki lima lagi suspek sedang diburu dan kita percaya masih berada di sekitar Lembah Klang," kata Ku. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan