Ahad, 18 September 2011

500 berkumpul sokongan usaha pulihara Jalan Sultan

Nigel Aw


Ribuan orang berkumpul di Dataran Merdeka semalam sempena sambutan Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-47 yang menandakan kesatuan dengan Sabah dan Sarawak.

sultan street preservation mooncake performance 160911 16Bagaimanapun, tidak jauh dari situ, terdapat kumpulan yang sangat berbeza berkumpul di situ - untuk merayakan warisan negara yang sudah wujud lama sebelum kemerdekaan.

Acara kebudayaan yang diadakan ialah sempena festival
'Lindungi Jalan Petaling' tetapi perhatian juga beralih ke Jalan Sultan yang mana bangunan di situ berdepan dengan bahaya pengambilalihan untuk projek Mass Rapid Transit (MRT) Lembah Kelang

Pihak penganjurnya, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) dan aktivis seni percaya Jalan Sultan perlu dipulihara bersama-sama dengan Jalan Petaling sebagai bahagian penting 'Chinatown'.

Oleh itu, presiden KLSCAH, Pan Yew Sing berkata pihaknya percaya Jalan Petaling, Jalan Sultan dan bangunan warisan di Kuala Lumpur, mesti dipulihara.

Bila malam tiba, para penyokong membanjiri bangunan Yang Keng Benevolent Dramatic Association, yang terletak di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat.

Yan Keng Benevolent Dramatic Association  Jln SultanMereka hadir bukan sahaja untuk menonton persembahan
opera yang dipentaskan di situ, tetapi juga mungkin merupakan peluang terakhir menatap warisan yang mungkin hilang selepas ini.

Ditubuhkan pada tahun 1920, persatuan itu bertempat di tingkat satu dan merupakan salah sebuah kelab opera yang tertua di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, masa depannya kini seperti berada di hujung tanduk - bersama dengan 30 lagi bangunan di sepanjang Jalan Sultan - yang terjejas dengan projek MRT.

Walaupun hujan turun renyai-renyai, tetapi ia tidak menghalang orang ramai berpusu ke situ, sehingga melimpah hingga ke luar bangunan.

jalan sultan tailor shopNamun, mereka tetap berdiri di luar bangunan opera, dengan berpayung, memakai baju hujan, malah ada yang menggunakan beg plastik, menutupi kepala masing-masing, sambil memegang tanglung.

Mereka termasuklah ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun di mana kawasan yang diwakilinya juga turut terbabit dengan pengambilalihan tanah untuk projek yang sama.

Pihak penganjur yang sudah menjangka kehadiran yang sebegitu ramai, kemudiannya memindahkan persembahan mereka ke bangunan sebelah, di mana penyanyi opera itu menyanyi melalui tingkap sambil mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

Tiada ulasan: