PENDUDUK SELANGOR PRIHATIN Merujuk kepada artikel di Sinar Harian bertarikh 26 September 2011 bertajuk “Politik Matang dan Desperado”. Penulis artikel tersebut menulis: “Kenapa tidak melihat rumah pimpinan mereka seperti rumah Menteri Besar Selangor sekarang? Adakah wajar kita menuduh beliau mengambil duit PNB dan Guthrie semasa menjadi pemimpin organisasi tersebut” Saya rasa perbandingan MB Selangor dgn Jamil Khir Baharom tidak adil dan tidak tepat. Ini adalah kerana: 1.0 Rumah Tan Sri Khalid dibina sebelum beliau menjadi MB Selangor. Tan Sri Khalid mempunyai sejarah kareer dalam sektor korporat dan berjaya menjadi seorang yang kaya hasil dari usaha beliau. 2.0 Sejelasnya, Tan Sri Khalid membina kekayaan beliau dengan jalan halal dan tiada keraguan. Tiada siapa yang berani mempersoalkan dari mana hasil kekayaan beliau datang. 3.0 Berbanding rumah Dato Jamil Khir Baharom, ia diubahsuai SELEPAS beliau menjadi Senator dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 4.0 Dianggarkan nilai rumah Dato Jamil Khir Baharom di sekitar RM5 juta ringgit. 5.0 Mustahil beliau dapat membina rumah sebegitu mahal dengan elaun yang beliau dapat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri 6.0 Seharusnya, Jamil Khir Baharom mesti menjawab di mana beliau mendapat wang untuk membina rumah sebegitu mahal terutamanya selepas beliau menjadi Senator dan Menteri Penuh di Jabatan Perdana Menteri. Maka, tiada asas untuk penulis artikel tersebut membanding rumah Jamil Khir Baharom dengan rumah MB Selangor. Hasil kekayaan Tan Sri Menteri Besar Selangor jelas dan tidak pernah dipersoalkan sesiapa. Perkara yang sama tidak boleh dikatakan untuk Dato Jamil Khir Baharom. |
Khamis, 29 September 2011
Jangan banding Jamil Khir dengan MB Selangor
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan