Khamis, 29 September 2011

Dedah afidavit: Peguam Najib, Rosmah buat aduan

Hafiz Yatim


Peguam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini secara rasmi mengadu kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengenai permohonan untuk mengketepikan sepina anak guamnya yang didedahkan kepada media.

NONESalehuddin Saidin (kiri) berkata mereka telah memaklumkan perkara berkenaan kepada hakim dalam kamar beliau.

"Kami telah menerima arahan untuk tidak membocorkan kandungan permohonan itu sehingga ia didedahkan di mahkamah. Sehingga itu, kita tidak boleh mendedahkannya.

"Saya tidak tahu bagaimana beberapa akhbar menerima dan melaporkan kandungan permohonan dan afidavit," kata Salehuddin kepada pemberita selepas prosiding mahkamah hari ini.

Jelasnya, bahawa mereka telah menerima salinan faks afidavit jawapan Anwar petang semalam dan salinan asal disampaikan hari ini.

"Justeru, kami akan mendapatkan arahan lanjut daripada pelanggan kami sama ada terdapat keperluan memberikan jawapan berhubung afidavit Anwar," katanya.

Terdahulu, seorang lagi peguam yang mewakili Najib dan Rosmah,- Ghazi Ishak, memaklumkan perkara yang sama mengenai perkembangan berkenaan kepada mahkamah.

Anwar, 64, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun, 2008.

Tiada ulasan: