Ahli akademik kanan negara hari ini berkata, undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tidak harus meniru amalan undang-undang yang zalim itu.
Katanya, undang-undang yang dicadangkan untuk menggantikan ISA perlu lebih fleksibel daripada Akta Patriot Amerika Syarikat dan Akta Anti-Keganasan di United Kingdom.
"Kami ingin lihat undang-undang berkaitan dengan keselamatan dalam negara dan ketenteraman awam yang tidak mengikuti undang-undang Amerika Syarikat atau United Kingdom yang sangat tegas berhubung penahanan seseorang individu.
"Undang-undang (baru itu) juga tidak sepatutnya mencontohi ISA," kata Nik Ahmad pada sidang akhbar hari ini.
Menurutnya, pemansuhan ISA seharusnya dianggap sebagai pendekatan baru dalam memastikan bahawa prinsip-prinsip kedaulatan undang-undang (rule of law) dan kebebasan asasi sentiasa menjadi landasan bagi setiap keputusan dan tindakan semua pihak termasuk kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan