Khamis, 29 September 2011

MPP pembangkang tidak akan laksana hukum hudud

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR — Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang tidak akan melaksanakan hukum hudud seperti yang dicadangkan Pas kerana ia tidak menepati dasar bersama, Perlembagaan Persekutuan dan agenda Buku Jingga.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pakatan pembangkang menghormati pendirian Pas dalam hal itu tetapi pada masa yang sama menerima perbezaan pendirian DAP yang menentang pelaksanaannya.

“Kita tak boleh nafikan hak mana-mana pihak untuk mengemukakan pendirian tetapi kita terikat dengan dasar bersama dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pakatan pembangkang selama tiga jam di sini malam tadi.

Turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ketika ditanya sama ada isu hudud akan terus diketepikan pada masa akan datang, Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, gabungan itu tidak ada masalah untuk membincangkan tentangnya kerana berpegang pada prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara. — Bernama

Tiada ulasan: