SINAR HARIAN ONLINE
ALOR SETAR - Isu hudud dibangkitkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bukan gimik politik untuk menenggelamkan kontroversi ditimbulkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, dakwaan itu tidak sepatutnya dicanang pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana ia adalah kesungguhan kerajaan Kelantan yang mahu melaksanakan hukum itu di negeri terbabit.
“Biarlah apa sahaja anda-ian orang berhubung isu itu. Masing-masing ada hak untuk nyatakan pendirian. Namun, sebagai orang Islam, mereka harus terima kewujudan hudud itu sebagai hukum ALLAH,” katanya.
Menurutnya, PKR yakin Kelantan ikhlas mahu menegakkan syiar Islam di negeri itu, dan menolak sebarang andaian kononnya, ia gimik politik untuk menarik soko-ngan pengundi Melayu.
“Ini soal agama, tiada kaitan dengan kempen politik. Jangan campur aduk demi kepentingan politik pihak tertentu,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan