Rabu, 3 Disember 2008

Notis kepada SPR

UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Parlimen telah menghantar notis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail Jumaat lalu.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Abdul Rahman berkata, notis pengosongan itu dihantar hari ini setelah Dewan Rakyat menerima makluman secara rasmi mengenai kematian Razali.

‘‘Dengan itu, SPR mempunyai masa 60 hari mulai hari ini untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong setelah Razali meninggal dunia Jumaat lalu, akibat diserang sakit jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands.

Pada pilihan raya umum Mac lalu, Razali menang kerusi tersebut setelah menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Tiada ulasan: